Nadi Bangi
Netizen Persoalkan Keberkesanan PKP
Oleh: Abdullah Zaid
Penyunting: Farhan Siddiq

Sumber: Sinar Harian
Penguatkuasaan pelaksanaan PKP 3.0 yang berkuatkuasa 6 Mei ini meliputi 6 kawasan Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat. ersoalkan keberkesanannya di media sosial terutama peniaga kecil yan g baru sahaja memulihkan perniagaan mereka pada bulan Ramadan.
Penguatkuasaan pelaksanaan PKP 3.0 yang berkuatkuasa 6 Mei ini meliputi 6 kawasan Petaling, Gombak, Klang,Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat.
Rata-rata pengguna sosial media mempersoalkan kemampuan cadangan PKP 3.0 yang dilihat tidak “cerdik” terutamanya saat menjelang Syawal.
“Harap-harap kerajaan kalau nak buat PKP, umumlah awal-awal sikit. Raya tak dapat balik kampung, dah tempah penginapan nak bercuti dalam Selangor saja raya nanti. Beratus duit keluar. Kalau tiba² PKP, duit habis macam itu saja. Dah setahun pandemik masih buat perangai sama. Ujar Zamir Mohyedin @zamirmohyedin pengguna Twitter.
Pengguna media sosial juga memberi cadangan supaya kerajaan menfokuskan kepada sektor yang menyumbang kepada kenaikan kes berbanding melaksanakan PKP yang hanya memberi kesan kepada rakyat.
Antara pengguna twitter Mohd Rizuan @bumilangit yang mengatakan, “tak payah lah sampai PKP. Tutup mana perlu cukup sahaja. Tutup kilang, tapak pembinaan, sekolah ni dah nak tutup semua ni kenapa? Luka tempat lain bubuh ubat tempat lain.”
Rata-rata pengguna media sosial menzahirkan keluhan PKP 3.0 akan memberi kesan kepada persiapan Syawal terutamanya mereka yang merancang untuk berjumpa dengan sanak-saudara yang tinggal berdekatan.
”Dahlah tak dapat balik kampung, nak jumpa saudara mara satu negeri pun tak boleh, dah dua kali benda yang sama jadi. Ujar Fatin Nabihah @FatinNabihahR pengguna twitter. Dia juga menambah bahawa pelaksanaan PKP 3.0 tidak akan menyeluruh dan hanya mensasarkan golongan marhaen sahaja.
”Pkp sekejap tengok lah yang kayangan yang merentas daerah. Kalau pkp sampai raya tengok lah yang kayangan yang merentas daerah pegi beraya.”