top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Netizen Pertikai Isu Waktu Subjek Agama di Sekolah Kebangsaan

Penulis: Farah Natasya Ramani

Penyunting: Azril Izzat Ramlan

Sumber: Google


BANGI, 11 Jan- Waktu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan beberapa mata pelajaran Pendidikan Agama Islam (PAI) telah mengundang perbahasan antara pengguna-pengguna media sosial yang rata-rata tidak bersetuju dengan penambahan waktu tersebut.


Kenyataan itu pada mulanya dibuat oleh seorang pemilik akaun Twitter @rejaie yang mempersoalkan jadual waktu persekolahan anak perempuannya yang dikatakan tidak seimbang pembahagian waktunya antara subjek agama dengan subjek-subjek teras lain. Beliau mendakwa bahawa peruntukan masa untuk subjek seperti Matematik lebih singkat iaitu hanya 2 jam 30 minit seminggu manakala subjek Sains pula 1 jam 30 minit seminggu berbanding kesemua subjek berkaitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang memakan masa 5 jam 30 minit seminggu.


Subjek agama yang dimaksudkan melibatkan subjek Jawi, Ulum, dan Al-Quran yang menggunakan buku teks yang sama iaitu Pendidikan Islam, subjek Tasmik serta subjek Bahasa Arab.


“PAI tidak sepatutnya diasingkan menjadi beberapa lagi subjek lain. Bahasa Arab dan Jawi juga seharusnya dijadikan sebagai subjek elektif memandangkan murid bukan Islam yang lain hanya ada satu subjek iaitu Pendidikan Moral yang dapat mengisi waktu pembelajaran ketika subjek-subjek tersebut dijalankan di dalam kelas,” jelas Rejaie mengenai hantarannya itu.


Untuk rekod, subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral adalah dibawah mata pelajaran teras sama seperti beberapa lagi subjek lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik manakala Bahasa Arab pula ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan termasuk Bahasa Tamil dan Bahasa Cina.

Sumber: Twitter


Sehubungan itu, pengguna @juliej_lazarus berpendapat bahawa peruntukan masa sebanyak 5 jam setengah seminggu kepada murid bukan Islam itu boleh dimanfaatkan dengan perkara lain seperti bersukan, bermain muzik, membuat kraf dan sebagainya berbanding Pendidikan Moral semata-mata.


So what, the non-Muslim kids are subjected to 5.5 hours of pendidikan moral a week?? What a waste of time. 4.5 - 5 of those hours can be used for other things - math, science, sports, crafts, music, life skills. That's why private & International schools are getting more popular.”, ujarnya.


Seorang lagi pengguna Twitter lain, @Muzuzxck tidak bersetuju jika subjek berkaitan agama dihapuskan terus dari Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) namun bercadang agar adanya susun atur semula pembahagian dalam subjek agama supaya dapat diseimbangkan dengan subjek-subjek teras yang lain.


Sementara itu, ciapan tersebut turut menerima pelbagai reaksi dari pengguna laman Twitter apabila mendapat 1,314 tanda suka, 609 ulang ciap manakala 1,324 komen berkenaan isu ini.

544 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page