Farena Hani
Netizen Sokong Polis Siasat Isu Hina Nabi Muhammad
Penulis: Farena Hani
Penyunting: Haisya Hurairi

Sumber: TikTok
KUALA LUMPUR, 15 Jun - Satu video yang dipercayai menyokong penghinaan Nabi Muhammad oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga asing di hadapan kuil Batu Caves telah tular di media sosial sehingga mengundang sokongan netizen supaya mereka dikenakan tindakan.
Baru-baru ini, seorang ahli politik dari India, Nupur Sharma dari parti politik Bharatiya Janata (BJP) telah mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad yang kemudiannya telah mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Pada awalnya, video yang tular tersebut telah dimuat naik ke aplikasi TikTok dengan nama @ganggarammahto280 dengan berdurasi satu minit 18 saat. Video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves dan menyatakan pendirian menyokong tindakan Nupur Sharma.
Video itu telah mendapat lebih daripada 16 ribu tontonan, 302 komen dan dikesan turut tular di aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp sebelum pemegang akaun @ganggarammahto280 bertindak menurunkan video tersebut.
Sejak tular, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warga Malaysia yang rata-rata menyokong individu dalam video tersebut supaya dilaporkan ke pihak polis. Video reaksi kepada pengguna @ganggarammahto280 yang berdurasi selama 37 saat itu telah dirakam oleh pengguna @rdking038 dan rata-rata mengeluarkan pendapat yang sama iaitu video yang dimuatnaik oleh pengguna @ganggarammahto280 perlu dihantar ke pihak polis.

Seorang pengguna aplikasi TikTok dengan nama @single boy telah menyatakan
“Dlm tik tok ini tk ade orang ke nak buat polis report, knpe semua org takut ye,tolong lh bagitau”
Pengguna dengan nama @dato harun pula telah melontarkan ayat yang ringkas iaitu
‘police tangkap’.
Manakala pengguna dengan nama @syeikh_Shanto(J) telah memberikan komen,
‘Malaysia police mana ya Allah 🤲🤲😢😢😢’
Pengguna dengan nama @Melayubanijawi3.0 pula menyatakan
‘tolong bagi full video untuk laporan polis’.
Manakala pengguna @haniFatah841 telah memetik akaun TikTok rasmi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan.
‘@PDRM MALAYSIA OFFICIAL plz take action’
Menurut tangkapan ciapan-ciapan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua mereka bersetuju bahawa kesemua lelaki yang berada di dalam video itu perlu dikenakan tindakan oleh PDRM kerana menyokong penghinaan Nabi Muhammad.
Menurut sumber Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang mampu menjejaskan penyiasatan.
“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.