top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Norma Baharu Membawa Cabaran Menyambut Deepavali

Oleh: Mathuumitha G.Ragawan

Penyunting: Lingesh Kumar

Sumber : Remaja.my
Sumber : Remaja.my

Perayaan Deepavali 2020 telah menjadi satu keadaan yang tidak menggembirakan ramai rakyat beragama Hindu di Malaysia. Sejak pandemik COVID-19, kes baharu yang terus meningkat pada setiap hari membimbangkan semua pihak maka kerajaan telah mengeluarkan SOP (Standard Operating Procedure) khas bagi perayaan Deepavali untuk memastikan pencegahan penularan jangkitan COVID-19.

Pada 5 November 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan kenyataan rasmi tentang SOP Deepavali bagi kedua-dua kawasan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Kedua-dua kawasan yang terlibat dengan SOP khas harus mematuhi peraturan-peraturan yang tertentu.

Antara peraturanya bagi kawasan PKPB adalah, upacara sembahyang di kuil hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan sahaja iaitu pada 14 November. Pada hari tersebut maksimum 30 orang sahaja yang boleh memasuki kuil pada satu-satu masanya tertakluk kepada keluasan ruang rumah ibadat (kuil) dengan penjarakan fizikal. Walau bagaimanapun, semua penganut harus memeriksa suhu serta gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak dan kesukaran bernafas sebelum memasuki rumah ibadat tersebut. Catatan kehadiran secara manual atau melalui aplikasi MySejahtera adalah diwajibkan.

Bagi yang tinggal di rumah kediaman hartanah, sambutan dalam kalangan keluarga terdekat dibenarkan tetapi ia tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa dan bagi rumah kediaman jenis strata pula, sambutan dalam kalangan keluarga terdekat masih dibenarkan tetapi tidak melebihi 10 orang bagi keluasan rumah yang kurang daripada 1500kps, dan tidak melebihi 15 orang bagi keluasan 2500kps.

Peraturan bagi kawasan PKPD adalah lebih ketat berbanding PKPB dimana sembahyang tidak dibenarkan di tempat ibadat. Perayaan di rumah pula hanya dibenarkan untuk ahli keluarga dari keluarga yang sama sahaja dan pelawat tidak dibenarkan. Hal yang sangat membimbangkan ramai rakyat adalah semua yang berada di kawasan tersebut PKPB dan PKPD tidak dibenarkan balik kampung.

Golongan yang paling berkesan daripada ini adalah golongan pelajar yang tinggal di universiti dan tidak boleh balik kampung dan berada bersama keluarganya pada Deepavali tahun ini. Wartawan sempat mendapatkan pendapat daripada beberapa pelajar universiti dalam keadaan ini. Mathannishan Chandran, pelajar pascasiswazah UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) meluahkan perasaanya bahawa dia berasa sangat sedih tidak dapat bersama keluarga pada hari yang istimewa ini tetapi beliau berkata bahawa SOP amat diperlukan pada masa sebegini disebabkan virus sedang merebak dengan pantas. Namun, bagi kaum India SOP perlu direngangkan sedikit supaya mereka dapat berjumpa dengan anak saudara dengan mengikut SOP seperti berada di dalam rumah dan sebagainya.

“Saya berasa sedih kerana tidak boleh balik kampung pada Deepavali tahun ini tetapi saya harap bahawa SOP yang ketat ini dilaksanakan untuk kebaikan kita dan juga ahli keluarga saya sokong SOP ini.”, Bismirafida binti Abdul Halip merupakan pelajar sarjana Univerisiti Malaysia Sabah (UMS).

Walaupun perjuangan pandemik COVID-19 ini tidak lagi diselesai, semua pihak dan khususnya kerajaan Malaysia sedang melaksanakan apa yang perlu supaya dapat menangani kemelut ini serta menjadikan semuanya kembali ke situasi yang biasa.

121 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page