top of page
  • Writer's pictureAina Dhalan

Nur Dhabitah Tangguh Pengajian Demi Sukan SEA

Penulis: Aina Umairah Binti Muhammad Dhalan

Penyunting: Ahmad Fayyadh Bin Muhamad


Sumber : Facebook


BANGI, 25 April - Nur Dhabitah sanggup menangguhkan pengajiannya bagi membuat persediaan terbaik dalam temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam yang akan berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini.


Nur Dhabitah Sabri, 23, merupakan seorang atlet penerjun kebangsaan yang pernah menduduki tempat keempat dalam acara 3 meter (m) papan anjal individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.


“Memandangkan jadual latihan agak padat jadi saya mengambil keputusan untuk tangguh pengajian dahulu supaya saya dapat beri sepenuh komitmen dan perhatian kepada sukan sahaja buat masa ini.


“Cabaran utama bagi saya adalah menjadi seorang pelajar dan pada masa yang sama saya juga merupakan atlet sepenuh masa,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Sementara itu, atlet penerjun negara ini telah dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk upacara pembukaan Sukan SEA Hanoi bulan depan.


Pemilihan ini juga selari dengan kriteria yang diperlukan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atas sumbangan dan prestasi beliau yang cemerlang dalam Sukan SEA, Sukan Asia, Komanwel dan Olimpik.


“Saya sebenarnya tak sangka dan berasa teruja apabila dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang dan pada masa yang sama saya merasakan ini adalah satu penghormatan buat saya.


“Sasaran saya pada Sukan SEA Hanoi adalah untuk memenangi dua pingat emas dalam kedua-dua acara yang saya sertai iaitu 1 meter (m) papan anjal dan 10m platform seirama.


“Harapan saya untuk Sukan SEA Hanoi ini juga adalah buat yang terbaik, enjoy the game dan tidak terlalu memikirkan tentang pingat kerana kesihatan diri lebih penting,” kata penerjun negara kelmarin.


Penerjun itu pernah diberi penghormatan untuk menyalakan obor kawah Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan merupakan atlet wanita pertama negara yang dipilih sejak tahun 1965.


Dalam pada masa yang sama, Dhabitah juga dijadual bakal mewakili negara dan telah menyiapkan diri dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, Sukan Asia 2022 di Hangzhou dan beberapa kejohanan dunia lain pada tahun ini.


220 views2 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page