top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ole’s At The Wheel Berakhir

Penulis: Danish Muqrieyz Jamaluddin

Penyunting: Ameruddin Mohamah Nor

Sumber: Twitter


BANGI, 21 Nov - Kekalahan yang dialami oleh pasukan yang diberi gelaran The Red Devils 4-1 di tangan Watford pada hari Sabtu yang lalu membuatkan Ole Gunnar Solskjaer dipecat daripada menjadi pengurus salah satu kelab gergasi di London itu selepas menunjukkan prestasi buruk sejak permulaan musim 2020-2021.


‘Ole’s at the wheel’ telah menjadi satu topik trending di sosial media selepas beliau menunjukkan prestasi yang sangat menakjubkan dengan memenangi semua 6 perlawanan awal yang dikendalinya.


Ole Gunnar Solskjaer merupakan salah seorang pemain lagenda di salah sebuah kelab terkemuka di kota London iaitu Manchester United dan beliau mula mengambil alih untuk menjadi pengurus kelab tersebut pada Mac 2019.


Namun, sejak permulaan musim 2020-2021 ini prestasi yang tidak konsisten ditunjukkan pada setiap perlawanan mula membuatkan peminat The Red Devils berang dan tidak berpuas hati.


Corak permainan yang ditunjukkan seperti tidak mempunyai identiti, kreativiti dan juga kekalahan dalam pertandingan-pertandingan yang penting menjadi beberapa faktor peminat kelab gergasi itu memulakan tanda pagar yang tular di twitter seperti #OleOut #OleOutNow.


Disebabkan tanda pagar yang tular di laman sosial twitter itu, para penyokong The Red Devils mula menyatakan pendapat masing-masing berkenaan dengan situasi itu seperti salah seorang pengguna iaitu @utdnathan77 yang membandingkan pengurus yang terdahulu yang masih memenangi trofi atau piala walaupun mempunyai skuad yang lebih buruk berbanding dengan Solskjaer dan tweet tersebut telah memperoleh sebanyak 3.2k retweets dan 13.3k likes.


“At least he won us trophys with a much worse squad #OLEOUT


Beberapa pengguna sosial media twitter turut menyatakan pendapat masing dan menggunakan tanda pagar yang sama untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pengurus kelab tersebut.


“I can’t handle it anymore #OleOut” - @AGamertales


“Sack Ole! He’s destroying my Manchester United #OleOut #OleOutNow” - @Jeffarari


“Thank you for ruining my Saturday. #Manutd #OleOutNow” - @nebedawa


Banyak lagi tweet yang telah ditulis oleh peminat The Red Devils, namun terdapat juga segelintir peminat bola sepak gergasi itu yang masih memihak dan berasa kasihan kerana layanan yang diberikan kepada lagenda bola sepak kelab itu seperti tidak wajar.


Bekas rakan pasukan Ole dan juga salah seorang pengulas sukan, Gary Neville turut memberikan kata semangat kepada beliau, dan tweet tersebut telah memperoleh sebanyak 15.8k retweets, 3433 quote tweets dan 174.8k likes.


“Thank you Ole. You did us proud . The last two months were tough but before that you restored some soul into the club.” - @Gary Neville


“The inevitable news has broken this morning. There were bigger managerial names than him that tried and failed in recent seasons and he leaves the club with the most talented collection of players it’s had in a while. It’s the next managers job to get the best out of them….” - @michael owen

211 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page