top of page
  • Writer's pictureNurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

Paduka anakanda tidak terkecuali untuk turun mengundi

Updated: Nov 25, 2022

Penulis: Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

Penyunting: Umi Hanisah Jeshri


Sumber Gambar: Twitter @JatIkhwan dan Nadi Bangi


KUANTAN, 19 Nov - Puteri-puteri Diraja Pahang juga tidak terkecuali untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan.


Kehadiran tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera mencuri perhatian di tapak pengundian tersebut dan menjadi bualan di media sosial.


Nadi Bangi sempat menemu bual seorang puteri Diraja Pahang iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah, 22, beliau berkata saya tidak sangka bahawa ramai terkejut melihat kami di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan untuk mengundi.


“Kami beratur bersama-sama dengan pengundi kerana kami juga perlu beratur di saluran yang ditetapkan.


“Secara peribadi pengalaman saya menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, saya teruja untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan terbaik untuk rakyat di hati dan saya juga tidak dikecualikan untuk mendapatkan jari telunjuk saya berdakwat,” kata beliau.


Menurut beliau, sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi kewajiban kita untuk melaksanakan hak dengan mengundi setiap 5 tahun dan dengan kehadiran pengundi muda pada PRU-15 kali ini ia dapat melatih sifat demokrasi dalam diri belia.


“Tidak kira siapa pun kita, saya juga perlu pergi mengundi dan pentingnya para pengundi turun untuk mengundi melakukan kewajiban sebagai rakyat Malaysia.


“Kita juga sebagai rakyat perlu bijak memilih parti pilihan kerana parti pemerintah ini akan mewakili rakyat Malaysia untuk 5 tahun akan datang,” ujar beliau semasa ditemu bual oleh Nadi Bangi.


Dalam pada itu, Yana Zulkifli, 22, berkata dia teruja apabila dapat melihat kerabat diraja di tempat pengundian yang sama dengannya.


“Saya tidak tahu mereka boleh turun mengundi, saya anggap bahawa ketua negeri iaitu sultan dan pewaris tahtanya tidak perlu mengundi.


“Saya sangat teruja melihat betapa rendah dirinya ketiga-tiga anakanda Yang di-Pertuan Agong, lagi-lagi apabila melihat mereka beratur bersama rakyat di saluran yang ditetapkan,” katanya.


Menurut Adlin Zulaikha, 24, dia mengambil tahu bahawa kerabat diraja perlu membuang undi kerana mereka juga rakyat biasa dan hanya Sultan dan Permaisuri tidak perlu turun mengundi.


“Saya juga rasa bangga selepas mengetahui perkara ini dan apabila melihat mereka di tempat mengundi yang sama dengan saya,” katanya yang juga pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam, Kuantan.


Pindaan Perkara 119A Perlembagaan Persekutuan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat di mana ia mengecualikan raja, pasangan dan waris mereka daripada didaftarkan secara automatik ke dalam senarai pengundi.


Pilihan sama ada kerabat diraja ingin mengambil tempat untuk mengundi atau tidak, ia tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

203 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page