top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pameran lukisan bertemakan penyakit mental

Oleh Amni Amirah Izzati Binti Mohd Afandi

Penyunting : Nur Sahira Bt Omar



Suasana dalam galeri pameran

KUALA LUMPUR - Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober ini,

pengunjung Sunway Velocity berpeluang menikmati pameran lukisan Artscape 1.3 Ver

Lumionisty yang kembali buat kali kedua bertemakan kesihatan mental.


Pameran lukisan Artscape 1.3 ver Lumionisty ini menampilkan lebih 20 karya hasil 10

penggiat seni tempatan yang telah berlangsung di Sunway Velocity di sini pada Sabtu yang

lalu hingga 29 September.


Pameran lukisan Artscape 1.3 ver Lumionisty merupakan salah satu ekspresi untuk

meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan mental sekali gus

menghapuskan stigma dan pandangan serong terhadap golongan tersebut.


Pengarah program, Adeline Shat Sala berkata “Tujuan kami mengadakan pameran lukisan

Lumionisty ialah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan mental

dan isu ini sangat penting diketengahkan."


“Lebih 20 karya lukisan yang dihasilkan oleh penggiat seni kita ini yang akan dijual

dengan harga antara RM500 hingga RM4500 dan sebanyak 10% keuntungan akan

disumbangkan kepada yayasan amal." kata Adeline Shat Sala ketika ditemu ramah oleh wartawan Nadi Bangi.


Menurut Eugene Nandakumar, salah seorang pelukis pameran ini berkata "Saya

mengambil dua haiwan sebagai sumber inspirasi dalam lukisan saya kerana kedua-dua

haiwan tersebut mempunyai karakter yang berbeza."


Hal ini kerana setiap lukisan yang dipamerkan mempunyai makna tersendiri dan membawa

inteprentasi kepada sebuah penyakit mental seperti Autism, Depresi dan lain-lain.


Sementara itu, Ramadhan Azmi salah seorang pengunjung di sini berkata, "Hasil lukisan

yang menjadi perhatian saya ialah lukisan Medusa. Mesej yang disampaikan melalui

lukisan tersebut sampai kepada saya."


Pameran lukisan tersebut di buka selama dua hari bermula dari pukul 11 pagi hingga pukul

8 malam dan juga turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung khususnya sesi

perkongsian oleh pelukis tempatan berkaitan kesedaran kesihatan mental, sesi lukisan

karikatur serta pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama pelukis.

151 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page