top of page
  • Writer's picturePhuan Kennie

Pameran Mampu Milik : Kampong Bharu Dalam Lukisan

Penulis: Phuan Kennie

Penyunting: Nur Ezzati Rosli


Sumber : Nadi Bangi


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pameran Kampong Bharu Dalam Lukisan menawarkan lebih 45 buah karya oleh 20 pelukis dengan harga mampu milik serendah RM280 hingga RM800 yang boleh dibeli bermula 1 Julai sehingga 23 Julai 2022 di Gamuda Mall Bukit Bintang (GMBB), Kuala Lumpur.


Pereka Grafik Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS), Hisham Salmin berkata pameran ini adalah platform kepada ahli-ahli Angkatan Pelukis SeMalaysia dan artis untuk mempamerkan karya seni mereka.


“Sekarang ini, kita menawarkan kepada artis untuk membuat perniagaan di sini, sebab kita nak cari pendapatan untuk bayar sewa untuk kedai ini. Jumlah kita ada 3 unit untuk pamerkan semua lukisan ini.


“Kalau weekdays biasanya, mungkin dalam puratanya ada 20 orang sahaja datang untuk tengok lukisan-lukisan atau ambil gambar, tetapi weekends boleh sampai 50 sampai 100 orang datang,”katanya.


Beliau berkata pelajar-pelajar yang sanggup membuat pameran tetapi tidak ada tempat, mereka menawarkan tempat ini, jadi mereka perlu membayar jumlah tertentu untuk sewa tempat tersebut bagi mempamerkan lukisan mereka.


“Sekarang kita cuba untuk mengekalkan galeri ini dan pasaran seni turun naik di Malaysia. Lagi-lagi disebabkan oleh pendemik Covid-19 semua orang terkesan, artis jualan pun terkesan dan banyak galeri seni juga terpaksa menghentikan perniagaan mereka.


“Setakat ini, berapa bulan kita tidak ada jualan untuk lukisan yang mahal, jadi kita cuba buat lukisan yang harga mampu milik, lepastu menggunakan subjek yang mudah iaitu Kuala Lumpur dalam lukisan, setakat ini lukisan-lukisan ini ada beberapa jualan, tetapi yang kolektor pun antara komuniti kita, kita belum lagi ada walk in punya kolektor datang, jadi saya harap kami boleh dapat walk in kolektor atau pelanggan sepanjang pameran ini,” katanya.


Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) ialah sebuah pertubuhan yang bertujuan menggabungkan para pelukis dan peminat seni lukis di Malaysia. APS juga bertujuan untuk memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu.


Persatuan Pelukis Malaysia Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaungnya. Pada tahun 1958, Majlis Kesenian Melayu telah diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan seterusnya pada tahun 1964, ia telah diubah kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS).


41 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page