top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Panggung MALAYA POP Mengangkat Martabat Muzik Pop Kotemperari Melayu

Updated: May 16, 2023

Penulis:Muhammad Khairul Idzuan Bin Kaharuddin

Penyunting: Muhammad Zul Nazim


Sumber foto : Laman Instagram @malayapop.lm


BANGI, 3 Mei - Panggung Malaya Pop yang bakal diadakan oleh Kelab Kebudayaan Kolej Keris Mas pada 13 Mei di Dewan Canselor Tunku Abdul Rahman (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mengangkat muzik seni pop kontemporari melayu dengan pengisian yang padat dengan ilmu baharu seperti penggubahan muzik pop melayu pada waktu pagi dan diadakan konsert pada waktu malam.


Terdapat dua sesi yang bakal berlangsung iaitu sesi yang pertama ialah sesi pagi iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari dimana sesi tersebut akan diketuai oleh Nadir Band di dalam mengajar gubahan muzik pop melayu. Manakala, sesi kedua ialah sesi malam iaitu dari pukul 8 malam sehingga 12 malam dimana sesi tersebut ialah Konsert Panggung Malaya Pop dengan barisan penyanyi yang terkenal seperti SOG,Masdo, Motherwit,Nadir,Heidi Moru dan Hariz Fayahet dengan membawa lagu pop kotemperori melayu.


Menurut Timbalan Ketua Projek Muhammad Mukhlisul Mubin, pelajar Tahun 1, Fakulti Undang-Undang, tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk melestarikan nilai serta unsur estetik seni Muzik Pop Melayu di samping mengekalkan seni ini agar terus relevan pada masa kini.


“Program ini adalah suatu usaha murni untuk mengangkat industri muzik tanah air supaya menjadi kegemaran dan pilihan generasi masa kini. Jika dilihat saban hari pilihan muzik anak muda adalah cenderung kepada muzik barat, muzik negara jiran, tapi hakikatnya industri muzik tanah air lebih berkualiti namun tidak dipilih kerana kurangnya pendedahan terhadap muzik tanah air.


“Panggung Malaya Pop ini bertujuan mendedahkan, menyebarkan dan mengangkat industri muzik tanah air supaya generasi masa kini sedar akan kewujudan dan kualiti muzik seni Melayu,” katanya.


Harapan timbalan pengarah agar usaha mereka di dalam menjayakan konsert Panggung Malaya Pop ini disambut dengan baik, serta dapat mewujudkan impak yang positif terhadap generasi masa kini khususnya di dalam menghargai nilai-niali seni yang terdapat di negara ini.


Pameran seni juga bakal dipamerkan sepanjang program berlangsung daripada pukul 8 pagi sehingga 12 malam dengan mempamerkan hasil karya seni lukisan oleh pelukis pelukis terkenal di tanah air.


17 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page