top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pantai Batu Ferringhi Kini Kembali Ceria

Updated: Nov 8, 2021

Penulis: Thor Zhi Xin

Penyunting: Shaffiq Fauzan Nusi


GEORGETOWN, 24 Oktober - Pantai Batu Ferringhi yang sebelum ini sepi, kini kembali rancak dengan kehadiran orang ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti beriadah seperti parasailing, banana boat, mandi manda dan berkelah selepas kerajaan membenarkan rentas negeri.


Pantai Batu Ferringhi merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung ini dilihat telah dipenuhi dengan orang seawal pukul 10 pagi.


Cuaca yang kelihatan mendung dan hujan tidak menghalang para pelancong untuk meneruskan aktiviti riadah mereka seperti berkelah di tepi pantai dan beriadah bersama keluarga.


Malah, ada yang mengambil peluang mengisi masa dengan aktiviti sukan air seperti jet ski dan “banana boat” yang menjadi tumpuan ahli keluarga di kawasan pantai berkenaan.


Seorang pengunjung, Jennifer Lee, 39, daripada Selangor, berkata, rombongan keluarga mereka tiba di negeri ini seawal jam 8 pagi untuk melepaskan rindu bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.


Menurut bapa kepada empat orang anak itu, sepanjang perintah kawalan pergerakan mereka tidak ke mana-mana dan sangat menantikan peluang untuk bercuti bersama ahli keluarga yang lain.


"Walaupun teruja, kami tetap akan pastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dan tidak mahu percutian ini akan berakhir dengan sesuatu yang tidak diingini.


"Seronok bila dapat lihat anak-anak gembira, selama ini mereka hanya lakukan aktiviti di dalam rumah sahaja dan hari ini kami biarkan mereka menikmati kegembiraan mandi-manda di pantai,"katanya.


Turut berkongsi pandangan sama, Ong Wong See, 21, yang datang bersama rakan-rakannya dari Melaka.


Empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang sebelum ini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ditukar status kepada PKPB bermula kelmarin hingga 18 Mac.

Seorang lagi pengunjung, Anita Rahmat, 25, berkata, dia memilih untuk menginap di salah sebuah hotel di Batu Ferringhi selepas dibenarkan kebenaran merentas daerah dan negeri dibenarkan.

“Saya tinggal di kawasan Penaga, Seberang Perai, selepas PKPB dilaksanakan, saya terus menempah bilik hotel di kawasan Batu Ferringhi.

“Harga yang ditawarkan oleh pihak hotel amat berpatutan pada masa ini, jadi saya ambil peluang untuk berehat di hotel pada cuti hujung minggu,” katanya.

Menurut pekerja daripada sebuah syarikat swasta itu, mereka telah menyusun pelbagai aktiviti percutian selama tiga hari dua malam sepanjang bercuti di Pulau Pinang.


"Selain bersantai di Pantai Batu Ferringhi, kami juga akan terjah beberapa restoran nasi kandar terkenal di sini selain akan berkunjung di kawasan bersejarah di sekitar Georgetown.


"Memang seronok tapi banyak juga cabaran yang perlu kami tempuhi antaranya kesesakan trafik dan terpaksa beratur panjang ketika di restoran berikutan ramai pelanggan yang berkunjung pada satu-satu masa," katanya.



14 views0 comments

Kommentare

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page