top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pasangan Graduan Suami Isteri Tekad Tamatkan PhD Bersama

Penulis: Ayu Maisarah Lutas Asril

Penyunting: Nur Alni Fuzuwan


Sumber: Berita UKM


BANGI, 25 Nov - Pasangan suami isteri graduan doktor falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tekad untuk menamatkan ijazah kedoktoran (PhD) bersama.


Kedua-dua Ahmad Faris bin Mohd Fekeri, 29 tahun dan Dyg Siti Nurzailyn binti Abg Shamsuddin, 29 tahun merupakan graduan doktor falsafah dari jurusan kejuruteraan kimia dan bioproses yang berjaya menamatkan pengajian di Majlis Konvokesyen UKM ke-51 pada sidang Canselor.


“Kadang-kadang orang kata buat PhD berseorangan ini susah tapi kerana kami belajar bidang yang sama dan berada dalam projek yang sama jadi bila buat PhD sama-sama ini kami boleh bincang dan kongsi idea lebih jauh,” kata Ahmad Faris


Tambahan pula, pasangan ini menyatakan bahawa penyebaran Covid-19 merupakan cabaran terbesar mereka kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke universiti dan melakukan kerja makmal.


“Kerana kami berkait rapat, kalau saya ada masalah dengan PhD saya, dia akan tolong saya dan kalau dia ada masalah saya pula akan tolong dia, kita sama-sama bagi sokongan,” kata Siti Nurzailyn.


Selain daripada PhD, pasangan ini juga telah mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana bersama-sama dan kemudian berkahwin selepas menamatkan ijazah sarjana pada tahun 2020.


Menurut Siti Nurzailyn, mereka tekad untuk menamatkan pengajian PhD bersama agar dapat menyambut PhD bersama-sama dengan gembira.

“Kadang-kadang kami tidur secara bergilir- gilir. Saya akan tidur untuk dua jam, dia akan buat kerja untuk dua jam. Begitu juga dengan sebaliknya,” kata Siti Nurzailyn.


“Saya rasa bangga dan lega dapat tamatkan pengajian bersama-sama sebab kitorang paksa diri untuk kejar deadline,” kata Ahmad Faris.


Tambah Siti Nurzailyn, mereka berdua memang merancang untuk menghabiskan pengajian sebelum mencecah umur 30 tahun dan bersyukur kerana dapat mencapai matlamat itu.


Pasangan PhD ini juga baru mula menubuhkan syarikat dalam bidang mereka dan ingin memberi sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan ataupun Sustainable Development Goals (SDG).


“Syarikat yang kami mula tubuh ini ialah syarikat perunding dan kita fokus kepada renewable energy studies,” kata Ahmad Faris.


Pasangan graduan ini berhasrat agar mereka dapat menggunakan kepakaran mereka untuk renewable energy dan dapat dikembangkan serta diguna pakai dalam syarikat yang mereka mula tubuh.


72 views1 comment

1 comentario

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Invitado
18 dic 2023
Obtuvo 5 de 5 estrellas.

SHOMELNYAAAAAAA

Me gusta
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page