top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pasar Karat Damansara Jammed Angkara Tiktok

Penulis: Misha Mysarra Abdul Karim

Penyunting: Ahmad Idham Ahmad Hamzah


Sumber foto: TikTok



BANGI, 29 Okt - Pasar Karat Kota Damansara yang dahulunya tidak dikenali kini menjadi rebutan dan tumpuan ramai gara-gara video pempengaruh tiktok yang telah viral.


Kawasan yang dahulunya lengang, sekelip mata dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang datang dari setiap pelusuk negeri. Hal itu menyebabkan Pasar Karat Kota Damansara atau nama lainnya car boot sale Kota Damansara, sibuk pada setiap pagi ahad.


Pasar karat Kota Damansara itu telah ditubuh pada tahun 2016 sehingga kini yang diuruskan oleh sebuah syarikat bernama INZ Xpert Resources. Ia menjual pelbagai barangan lama seperti baju, pinggan mangkuk, kasut, cadar, perabot dan lain lain. Bukan itu sahaja, pada seawal jam 7 pagi sudah mula ramai orang yang berkunjung dan membeli barangan-barangan lama di pasar karat itu.


Pengurus tapak Pasar Karat Kota Damansara, Azhar Ismail memberikan penjelasan bahawa sebelum pasar karat ini menjadi tular di media sosial, tapak jualan masih ada kosong dan kereta masih boleh parkir pada ahad pagi. Akan tetapi apabila ia mula viral di tiktok pada bulan jun, tiada lagi parker yang kosong bermula pada pagi sabtu.


“Tidak jangka bahawa pasar karat ini akan viral kerana dulu sabtu dan ahad pagi masih lagi ada kosong dan peniaga boleh masuk untuk meniaga. Tetapi selepas viral tapak jualan pada sabtu pagi sudah mula penuh” katanya ketika ditemubual.


“Saya cadangkan kepada setiap penjual yang mahu meniaga pada hari ahad pagi harus meletakkan kenderaan mereka terlebih dahulu di tempat letak kenderaan yang kosong untuk memastikan tiada perebutan tapak” katanya lagi.


Anggaran penjual yang berdaftar masuk untuk berniaga seramai 250 orang dan rata-rata penjual berusia daripada 18 tahun sehingga 70 tahun. Mereka yang meniaga bukan sahaja penduduk kawasan Kota Damansara sahaja, terdapat juga dari negeri seperti Johor Bharu, Melaka, Kedah, dan Negeri Sembilan datang untuk meniaga apabila pasar karat ini telah tular di media sosial. Bayaran yang dikenakan bagi satu tapak jualan adalah RM 20 ringgit.


Penjual pasar karat Kota Damansara, Hepi Herawati Samsuar, 40, menyatakan bahawa setelah viral, barangan yang dijual laris meskipun dalam keadaan cuaca panas dan ramai pengunjung. Beliau berasa gembira kerana pulangan yang diperolehi cukup lumuyan.


Penjual pasar karat Kota Damansara, Nur Muhd Aiman Haiqal Sulaiman,18, turut mahu berniaga kerana terdapat banyak baju yang boleh dijual. Beliau mengetahui tentang tapak ini daripada tiktok. “tidak salah mencuba dan menimba pengalaman berniaga” kata Aiman.


Ada penjual yang menyatakan bahawa setelah viral, banyak keuntungan yang diperolehi meskipun kawasan Kota Damansara agak jammed pada waktu pagi sehingga tengahari akibat kereta yang terlalu banyak.

160 views17 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page