top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pasukan Bola Sepak Senggoro Gagal Ke Separuh Akhir Piala Kampung Sukamaju

Updated: Nov 25, 2021

Penulis: Ridho Permana Prasetyo Aldi

Penyunting: Muhammad Fareez Budiman Naim

Foto: Muhammad Rahul

BANTAN, 14 Nov – Perjalanan pasukan bola sepak kampung Senggoro dalam Piala Sukamaju 2021 telah berakhir. Pasukan kampung Senggoro terpaksa mengiktiraf keunggulan pasukan kampung Sukamaju dan tersingkir daripada kejohanan menerusi penentuan sepakan penalti dengan skor 2-4 di Stadium Taurus Jaya.


Pasukan Senggoro bermain seri tanpa jaringan menentang pasukan Sukamaju dalam tempoh 90 minit perlawanan. Selepas perlawanan dibawa ke penentuan sepakan penalti, Senggoro akhirnya tersingkir kerana tewas kepada Sukamaju.


Perlawanan berlangsung dengan sengit dan panas sepanjang separuh masa pertama dan separuh masa kedua. Kedua-dua pasukan menunjukkan kesungguhan dan tidak mahu mengaku kalah demi melayakkan pasukan mereka mendapat tiket untuk ke separuh akhir Piala Sukamaju 2021.


Senggoro tampil menunjukkan corak permainan yang lebih agresif ketika menyerang berbanding Sukamaju yang lebih selesa bermain dengan corak permainan bertahan. Walau bagaimanapun, asakan demi askan yang dilakukan masih juga tidak dapat menghasilkan sebarang jaringan.


Penjaga gawang baik Senggoro mahupun Sukamaju telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam perlawanan tersebut untuk mengekalkan rekod clean sheet. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan sehingga 90 minit permainan dan diteruskan ke penentuan sepakan penalti.


Dua pemain Senggoro gagal mengambil tendangan penalti dengan kemas, manakala dua lagi pemain berjaya menjaringkan gol. Sebaliknya, empat sepakan pasukan Sukamaju telah berjaya menghasilkan jaringan.


"Tahniah kepada pasukan Sukamaju, perlawanan yang sangat sukar mereka melaksanakan sistem pertahanan yang begitu kuat. Mengikut ramalan saya sebelum perlawanan, dan ia terbukti," ulas jurulatih Sukamaju itu apabila diajukan soalan.


"Kami mempunyai banyak peluang sebenarnya, tetapi pasukan Sukamaju lebih bertuah hari ini berbanding pasukan Senggoro. Kemudian kami akan memperbaiki dan mempersiapkan diri untuk pertandingan yang akan datang.", tambahnya lagi.


Bagi seorang jurulatih, kegagalan pasukan Senggoro untuk mara ke separuh akhir Piala Sukamaju 2021 bukanlah satu perkara yang perlu dikesali. Ini kerana beliau percaya terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil oleh pasukan dan semua pemainnya.


Antaranya, pasukan Senggoro perlu mempersiapkan diri secara optimum untuk bermain pada kejohanan yang akan datang. Walau bagaimanapun, persiapan pasukan Sengoro pada kejohanan kali ini turut merupakan salah satu pencapaian yang baik walaupun tewas di peringkat separuh akhir.


"Secara amnya, saya melihat banyak sisi positif sepanjang kejohanan ini untuk pasukan Senggoro. Bagaimana pemain muda menunjukkan kebolehan dan potensi mereka. Ia satu pencapaian yang hebat untuk kami dapat mara ke separuh akhir," kata jurulatih pasukan Senggoro itu.

41 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page