Penulis: Muhammad Fareez Budiman Naim
Penyunting: Ridho Permana Prasetyo Aldi
Sumber: Twitter
CHERAS, 18 Nov - Sebuah klip rakaman litar tertutup (CCTV) berkenaan seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah tular di laman media sosial Twitter yang didakwa bertindak mencederakan seorang wanita di dalam lif.
Klip video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Twitter, @edisi_siasatmy yang berdurasi 53 minit ini telah mendapat 444.9 ribu tontonan di Twitter serta memperolehi 10 ribu retweets dan 6871 likes.
Menurut ciapan daripada akaun tersebut, Edisi SiasatMY telah membuat dakwaan bahawa pegawai kanan polis tersebut merupakan seorang “ahli kongsi gelap Geng 360 Devan”.
Melalui pemerhatian di ruangan balasan tweet tersebut, rata-rata komen yang telah diberikan oleh pengguna media sosial tersebut adalah komen-komen negatif terhadap Polis Diraja Malaysia dan komen pengguna yang kecewa dengan tindakan pegawai polis tersebut.
“This is horrible. And he’s a police officer? What a shame” @frau_Asad, seorang pengguna Twitter.
“Ada pangkat boleh jadi samseng. Sebab takde siapa boleh lawan. Aku baru nak mention @PDRMsia dlm satu tweet rasuah. Lepas tengok ni. Hahahaha tak payah lah. Takde function” Menurut @acabdrums.
“Macam mana lah polis boleh join gangster, ada geng pula tapi anggota? Dashyat”
@imnnaimz, seorang pengguna Twitter.
Ciapan yang telah diberikan oleh @imnnaimz tersebut merupakan antara ciapan balas yang popular dimana ia telah mendapat bilangan retweet dan like yang tinggi.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Bin Hj. Jaafar, telah mengeluarkan siaran media berkenaan insiden yang telah berlaku dimana siasatan suspek yang merupakan pegawai polis tersebut telah bertindak mencederakan wanita kerana berlaku perselisihan faham.
Suspek yang merupakan pegawai kanan polis telah membuat pembayaran berjumlah RM2500.00 kepada pengadu yang merupakan wanita tersebut untuk mencari jodoh di laman sesawang Matrimony namun tiada jodoh yang ditemui dalam tempoh 6 bulan. Pegawai polis tersebut telah bertindak menyerang wanita tersebut di dalam lif.
Kes tersebut kini sedang disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan orang dan suspek akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.
Comments