Nadi Bangi
Pelajar diberi pilihan pulang beraya di kampung atau kekal di kampus menjelang Aidilfitri
Penulis: Nur Iffah Fitri Bt Razali
Penyunting: Alwanis Jailani

Sumber Foto: Portal Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia Kolej Keris Mas
BANGI, 4 Mei - Berikutan pengumuman pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memberi kebenaran kepada pelajar menghadiri kuliah secara dalam talian pada minggu ketiga pengajian bagi semester kedua sesi 2022/2023 selepas menerima permohonan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Pihak universiti juga meluluskan kuliah secara dalam talian mulai 17 April hingga 28 April ini sama ada secara segerak (synchronous) atau tidak segerak (asynchronous), untuk pulang berhari raya lebih awal di kampung halaman masing-masing.
Meskipun seramai 22,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Universirti Kebangsaan Malaysia sudah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, tetapi masih terdapat sebilangan kecil mahasiswa yang memilih untuk tidak berbuat demikian kerana terdapat kekangan.
Ketua Pentadbiran Kolej Keris Mas, En. Mohd Kamal Abd Aziz, berkata pihaknya merangka persediaan pengurusan pergerakan pulang dan balik pelajar dengan mempertimbangkan semua faktor untuk memastikan kebajikan pelajaran terjamin.
Difahamkan, pihak HEP (UKM) sedang mengenal pasti jumlah pelajar dengan menjalankan bancian “Google Form” kepada semua pelajar selama 28 hari pada 2 Ramadhan yang lalu bagi mendapatkan data pelajar] yang ingin balik atau kekal berada di kampus ketika cuti hari raya aidilfitri, melalui tinjauan yang didapati hanya seramai 40-50 orang pelajar sahaja yang tidak akan balik ke kampung halaman masing-masing.
Susulan daripada itu, disebabkan daripada bilangan pelajar yang tidak pulang tidak mencapai sehingga 100 orang menyebabkan pihak pengusaha kafe tidak dapat membuka kafe seperti biasa atas beberapa faktor yang melibatkan kos dan keuntungan daripada pihak mereka.
Dalam tempoh 2 minggu tersebut notis telah dikeluarkan bahawa pengoperasian kafe akan bermula pada 2 Mei iaiutu hari selasa, namun terdapat juga yang pulang lebih awal ke kolej pada 28,29,30 April dan mereka mendapati kafe masih belum beroperasi seperti biasa.
Ekoran daripada itu, pihak pengurusan kolej kediaman sekali lagi telah mengeluarkan notis peringatan melalui group WhatsApps untuk pelajar. Walau bagaimanapun, pihak Nadi Bangi mendapati terdapat ramai pelajar yang terlepas pandang notis peringatan tersebut.
Ketua pegawai tadbir KKM, En. Mohd Kamal Bin Abd Aziz kes juga berkata ini berlaku atas dasar polisi yang tidak jelas disampaikan kepada pelajar dan diharapkan para pelajar lebih cakna dengan keadaan persekitaran terutamanya peredaran notis peringatan tersebut.
“Saya meminta agar pelajar cakna dengan perkara yang berlaku di sekeliling dan tidak mempunyai sikap individualistik dalam diri masing-masing”.Katanya.
Masalah ini berlaku akibat komunikasi yang tidak jelas antara pengurusan dan pelajar. Justeru,pihak pengurusan kolej akan membuat penambahbaikan lagi dalam menyebarkan notis peringatan dan informasi mengenai insiden yang berlaku agar perkara ini tidak akan berulang lagi.