• Nadi Bangi

Pelajar FKAB Ungguli ICAPS 2020

Oleh : Nabilah Abdul Rahman

Penyunting : Anis Shafeera

Sumber : Ong Tze Sean


BANGI, 10 Dis : ICAPS 2020 atau International Students Joint Capstone Design Project telah disertai oleh 15 orang pelajar dari UKM terdiri daripada pelbagai jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina telah berjaya merangkul 5 tempat teratas dalam pertandingan tersebut.


Pertandingan ini merupakan sebuah pertandingan antarabangsa mereka bentuk kejuruteraan pintar bagi komuniti Asia dan UKM menghantar pelajar daripada pelbagai jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Jabatan Kejuruteraan Seni Bina.


ICAPS telah dianjurkan oleh Korea Selatan dan disertai oleh 4 buah negara lain iaitu Taiwan, Malaysia, Indonesia dan Singapore. ICAPS telah bermula pada 4 Februari 2020 sehingga 9 Disember lalu dan visi pertandingan tahun ini adalah mereka cipta permainan pintar atau dikenali sebagai invent smart engineering.


Nadi Bangi telah menemu ramah Ong Tze Sean, 23, pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) dan salah seorang pemenang Grand Prize telah mereka bentuk The Flying Feather “Jegichagi”. Ia adalah permainan menyepak bulu tangkis dan diletakkan teknologi pintar dalam bulu tangkis tersebut agar dapat bermain dengan rakan-rakan seluruh dunia. Bulu tangkis tersebut juga boleh dicabut dan dijadikan sebagai permainan Tuho, sejenis permainan tradisional China, Korea dan masyarakat Timur.


“Saya berasa bangga dapat mewakili UKM ke aktiviti ini serta berpeluang berkomunikasi dengan kawan-kawan dari serantau Asia serta dapat belajar berfikir secara analitik dan menyelesaikan masalah. Saya dapat alami segala proses dari sesebuah produk dapat dihasilkan sehinggalah menyelesaikan masalah”


Nadi Bangi juga menemu ramah San Wai Kiat, 23, pemenang bagi Gold Prize juga pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah mereka bentuk permainan pintar BNW (Mind Control Car) iaitu kereta kawalan minda yang berfungsi menggunakan tahap perhatian dari otak manusia dan dihantar ke “headset” EEG kemudian menghantar isyarat kepada kereta mainan untuk bergerak.


“Saya sangat menghargai peluang yang diberikan oleh FKAB, UKM dan saya belajar banyak pengetahuan baru dari pertandingan ini serta berpeluang untuk komunikasi dan bekerjasama dengan pelajar luar negara seperti Korea”


Pertandingan antarabangsa ini bermula dengan venue pertama mereka di Bali, Indonesia pada Mac 2020. Peserta dibawa ke Bali bagi menjalani kem perkampungan untuk perjumpaan pertama dan mengenali peserta-peserta negara lain. Peserta sepatutnya dijadualkan untuk membawa prototaip permainan pintar mereka ke Korea Selatan pada pertengahan bulan Ogos tahun ini, namun dibatalkan kerana wabak Covid-19.


Oleh kerana itu, peserta menjalani pembentangan secara atas talian untuk permainan pintar mereka. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang termasuk 2 atau 3 pelajar universiti Korea Selatan. Pelajar UKM telah memenangi Grand, Gold dan Bronze Prize dimana hadiah keseluruhan dianggarkan sebanyak 2 juta Korea Won bersamaan RM7412.62

672 views0 comments

Related Posts

See All