Nadi Bangi
Pelajar Gusar Jadual SPM Padat
Penulis: Shaffiq Fauzan Nusi
Penyunting: Thor Zhi Xin

Sumber: Bernama
BANGI, 20 Nov - Rata-rata pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini kelihatan gusar apabila jadual yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan susunan jadual yang agak padat.
Jadual yang diberikan oleh pihak kerajaan dilihat bahawa peperiksaan SPM yang akan dijalankan pada tahun 2022 ini dilihat padat dan tidak mempunyai sebarang jarak masa di antara subjek teras.
Selain daripada isu peperiksaan ini akan dijalankan pada 15 hari sahaja, isu peperiksaan yang turut dijalankan pada hari minggu iaitu pada hari ahad juga mendapat perhatian para pelajar SPM. Hal ini dilihat amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan susunan jadual-jadual SPM tahun-tahun sebelumnya di mana ia mengambil waktu selama sebulan untuk menyelesaikan peperiksaan SPM ini dan mempunyai jarak beberapa hari di antara subjek untuk pelajar membuat ulang kaji subjek yang akan datang.
Nadi Bangi sempat melakukan tinjauan melalui Instagram Poll bagi melihat pandangan pelajar-pelajar SPM tahun ini, ramai yang berpendapat bahawa jarak masa di antara subjek-subjek yang penting seperti Matematik Tambahan dan Matematik Asas akan dilakukan pada dua hari berturut dan ini akan membuatkan pelajar turut berasa stress kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ulangkaji yang secukupnya.
Menurut @iliyananuttasha berkenaan jadual SPM 2021 "very packed, poor the students" katanya melalui Instagram Poll yang dibuat. Dia berpendapat bahawa jadual yg dikeluarkan adalah sangat padat dan hal ini menyebabkan pelajar berasa tertekan.
Kata seorang pelajar lepasan spm 2012 @netfalix_ "Bagi aku.. KPM tak buat research betul-betul masa buat jadual ni.. Dalam berita cakap jadual ni dikritik sbb jumaat and ahad ada paper.. Sedangkan isu yg lebih besar adalah exam killing paper tu tiada jarak hari yang cukup untuk pelajar ulangkaji. Boleh stress budak-budak dibuatnya".
Segala keluhan para pelajar dan guru telah mendapat perhatian YB Syed Saddiq di dalam laman Twitternya yang mengatakan “Saya Mohon @KemPendidikan meneliti semula jadual SPM” katanya di dalam laman Twitternya.
Beliau turut menyatakan bahawa jadual SPM pada tahun hadapan dilihat padat dan hal ini adalah berkaitan dengan silibus KSSM yang baharu, pelajar yang tiada peranti semasa melakukan PdPR akan menyebabkan stress kepada pelajar yang boleh mengakibatkan bunuh diri.
Selain mendapat perhatian daripada YB Syed Saddiq, isu ini turut mendapat perhatian YB Maszlee Malik di laman Twitternya. Di laman Facebook Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia, isu ketiga yang dibentangkan adalah berkenaan tentang jadual SPM yang baru diumumkan dilihat terlalu padat berdasarkan maklumbalas yang diterima dari ribuan para guru dan pelajar.
Menurut @zulhaziq, pelajar yang bakal mengambil SPM 2021, “jadual yang diberikan adalah tidak sesuai kerana pada hari jumaat, negeri di kumpulan A sedang bercuti manakala pada hari ahad pula kumpulan negeri B pula sedang cuti” katanya di dalam laman Twitternya.
Menurut Amirul Afiq, pelajar SPM 2021, “Saya sudah berasa stress dengan PdPR hanya dijalankan di dalam talian sahaja dan dikejutkan lagi dengan jadual SPM yang tidak munasabah dan padat susunannya. Apabila belajar di rumah, saya kerap hilang fokus kerana saya tinggal di kawasan pedalaman dan jaringan internet pula seringkali tidak dapat dicapai. Saya juga terpaksa mengulang kaji sehingga lewat malam kerana berasa takut tidak dapat membanggakan mak ayah saya” katanya.