top of page
  • Writer's pictureNur Aiman Syahmi Zainuddin

Pelajar lancar kempen #MAHASISWAMENGUNDI , tingkat kesedaran pelajar

Penulis: Nur Aiman Syahmi Zainuddin

Penyunting: Muhammad Yusry Haiqal Yusof




BANGI, 30 Okt- Kempen #MahasiswaMenggundi anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah diadakan di hadapan Dewan Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar universiti berikutan hari mengundi untuk seluruh Malaysia pada tanggal 19 November tahun ini.


Kempen ini telah disertai oleh beberapa pelajar universiti tempatan lain seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyemarakkan lagi suasana perhimpunan tersebut.


Aktiviti konvoi motosikal secara beramai-ramai di persekitaran UKM telah menarik perhatian orang ramai untuk turun bersama di Dewan Panggung Seni. Setiap perwakilan daripada parti-parti politik kampus turut hadir bagi memberikan ucapan kepada pelajar berikutan tentang kesedaran menggundi yang menjadii tanggungjawab bagi pelajar dan rakyat Malaysia.


Penganjur kempen Mahasiswa Mengundi, Aiman Syafiq, yang merupakan alumni kepada Universiti Teknologi Malaysia Melaka berkata, ini merupakan buat pertama kali untuk anak muda dimasukkan secara automatik untuk mereka turun mengundi.


“Walau bagaimanapun,anak muda masa kini masih belum ada kesedaran lagi untuk turun mengundi.


“Adapun dengan sosial media yang sangat luas, macam-macam informasi yang diperolehi serta input yang mereka dapat, namun persepsi-persepsi buruk sentiasa akan ada,” Kata Aiman.


Menurut Aiman, persepsi-persepsi tersebut mengakibatkan anak muda tidak berminat untuk melibatkan diri serta membincangkan hal politik dan berpendapat bahawa mahasiswa kini lebih berminat dengan perkara yang memberi manfaat kepada diri mereka contohnya kos sara hidup dan peluang pekerjaan.


“Sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik. Menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran kepada mereka tentang bukan sahaja turun menggundi bahkan memberikan kepada mereka nilai politik yang sebenar.” jelasnya.


Dalam pada itu katanya, mereka mengajak kepada gerakan-gerakan mahasiswa untuk mengadakan kempen sebegini di semua universiti di Selangor dan mereka juga berusaha untuk menyeru kepada universiti seluruh Malaysia untuk menyambut kempen mahasiswa mengundi ini.


15 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page