top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajar Mikrobiologi UKM Jayakan Kempen Kesedaran Virus Hepatitis

Oleh : Nur ‘ Ain Syafiqah Rahim

Penyunting : Wong Sze Wen


Sumber : Atiqah Rosli

BANGI, 11 Nov – Para pelajar program Mikrobiologi Tahun 3 dari Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan aktiviti kempen kesedaran tentang virus Hepatitis kepada komuniti melalui laman web baru-baru ini.


Virus Hepatitis adalah jangkitan bakteria yang akan mengganggu fungsi hati terhadap proses pencernaan, penyaringan toksik, dan sel-sel berbahaya dalam tubuh badan.


Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditugaskan mencipta sebuah laman web mengikut kreativiti sendiri bagi menerangkan maklumat berkaitan setiap jenis virus Hepatitis A, B, C, D, dan E.


Kempen ini dijalankan selama tiga minggu untuk memenuhi tugasan projek bagi subjek Virologi bawah seliaan Dr. Norefrina Shafinaz Md Nor.


Menurut Dr. Norefrina, juga selaku Ketua Program Mikrobiologi, FST, “Aktiviti tugasan ini adalah untuk memupuk sifat tanggungjawab sosial dalam diri pelajar kepada masyarakat disamping menarik orang awam untuk mengenali tentang virus Hepatitis dengan lebih mendalam,”


“Syarat untuk tugasan ini ialah pelajar hanya dibenarkan mendapatkan bahan rujukan daripada buku atau jurnal oleh penerbit tertentu sahaja bagi memastikan pelajar faham bahawa kredibiliti sesuatu informasi atau rujukan amat penting dalam penyampaian maklumat,” katanya.


Menariknya, ia bukan sekadar tugasan untuk subjek pelajaran tetapi juga bertujuan memberi pendedahan maklumat tentang ilmu sains di ruang publik.


Puteri Atila, Pelajar Program Mikrobiologi Tahun 3, berkata, “Tugasan ini antara tugasan subjek yang seronok kerana saya boleh berkongsi informasi dengan kawan-kawan yang bukan berlatar belakang pendidikan sains dan komuniti luar seperti pelajar sekolah yang berminat dengan ilmu sains,”


“Tugasan laman web ini memotivasikan saya untuk mempelajari lebih mendalam berkenaan virus Hepatitis dan setiap informasi yang kami bentangkan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk orang awam,” tambah Puteri.


Menurut Atiqah Rosli, Pelajar Program Mikrobiologi Tahun 3 pula, “Tugasan ini mencabar saya dan rakan sekelas menjadi lebih kreatif dalam mempersembahkan idea, membantu kami untuk berkomunikasi dengan orang awam, dan mewujudkan kempen kesedaran tentang virus Hepatitis.”


Penilaian markah tugasan subjek ini terbahagi kepada dua iaitu penjurian oleh pensyarah akan dikira berdasarkan kreativiti idea serta cara pembentangan melalui laman web dan jumlah bacaan oleh audiens.


Maka, setiap kumpulan akan bertanding dengan menggunakan pelbagai strategi untuk menarik orang awam supaya melayari laman web mereka.


Shahirana Talib, Pelajar Program Mikrobiologi Tahun 3, mendakwa cara beliau dan ahli kumpulannya untuk menarik perhatian orang awam agar melawat laman web mereka lebih efektif dan berbeza dengan kumpulan yang lain.


“Kumpulan saya menggunakan strategi yang berbeza berbanding kumpulan lain iaitu laman web berbentuk ‘online shopping’ yang menjual virus seperti serum Hepatitis B dan juga menerangkan mekanisme produk tersebut,” ujarnya.


Pautan setiap laman web yang dihasilkan oleh pelajar Mikrobiologi Tahun 3 ini akan dikongsikan di laman rasmi Facebook Fun with Microbes (FWM).


FWM ini adalah salah satu program tahunan bersama komuniti luar yang dikendalikan oleh Kelab Mikrobiologi UKM.


Tugasan subjek ini memperlihatkan kaedah pembelajaran yang kreatif dan efisien serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

238 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page