Oleh: Ariq Ibnu
Penyunting: Andrew Bong
Sumber: Google
BANGI, 26 April - Seorang pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya memperoleh untung sekitar RM 42,486 hasil pelaburan dalam mata wang crypto.
Pada mulanya Billy Ardha, 20 tahun daripada program psikologi FSSK mengenal Bitcoin melalui platform media sosial beserta iklan dan mulai melaburkan wangnya di Bitcoin semenjak 2014 dengan membeli nilai Bitcoin pada harga awal sebanyak RM40.
Semenjak itu pula nilai Bitcoin yang dibelinya telah meningkat secara berterusan hingga pada tahun 2021 keuntungan yang di jana melalui nilai Bitcoin telah mencapai jumlah nilai sebanyak RM42.486.
Bitcoin adalah salah satu mata wang crypto atau wang digital yang dicadangkan menjadi alat transaksi di masa mendatang, dimana setakat ini Bitcoin telah diterima dalam beberapa jenis platform transaksi pembayaran seperti paypal dan Xe currency.
Sistem Bitcoin pada awalnya adalah berupa mining atau pembentukan wang fizikal menjadi bentuk matang wang crypto digital , namun kini sistem Bitcoin telah menjadi alat ataupun aset yang bermanfaat untuk menjaga aset harta kekayaan, serta pula sistem pada Bitcoin kini dapat menjadi alat yang sah untuk kegiatan transaksi pembayaran bagi urusan perniagaan.
“Dalam masa pandemik ini saya telah aktif menggunakan Bitcoin untuk melabur aset kekayaan yang saya miliki bersamaan dengan para investor lainnya yang telah sepakat untuk mempercayai Bitcoin sebagai alat pelaburan.”
“Menurut saya Bitcoin pantas dijadikan sebagai sumber pendapatan akan tetapi hanya berlaku bagi para investor atau trader yang sudah memiliki sumber pendapatan lain diluar daripada Bitcoin kerana Bitcoin belum dapat dijadikan sebagai sumber income utama.”
Faktor yang menyebabkan Bitcoin tidak dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan utama bagi awam ialah kerana risikotinggi yang membuat nilai harga Bitcoin mudah jatuh dan juga mudah naik sehingga sulit bagi para investor ataupun trader untuk menjamin risiko untung atau rugi yang di dapatkan saat melabur aset yang dimiliki mereka dalam Bitcoin.
Dimaklumkan juga bahawa dirinya hanya menggunakan Bitcoin untuk pelaburan aset kekayaan yang di miliknya sahaja dan tidak menggunakan Bitcoin seutuhnya sebagai sumber pendapatan ataupun sebagai alat transaksi pembayaran.
“Bagi para pelajar, ia sangat memanfaatkan untuk menggunakan Bitcoin apabila mereka merasa ragu untuk melabur atau menyimpan aset kekayaan mereka dalam bentuk wang atau emas, dalam hal ini juga para pelajar di himbau untuk lebih teliti dalam mengambil langkah untuk melaburkan atau melakukan trading Bitcoin tersebut di pelbagai platform.
“Pada masa akan datang, terdapat banyak golongan masyarakat orang kaya atau crazy rich di beberapa negara sudah melaburkan wang mereka ke dalam bentuk mata wang crypto dan salah satunya ialah Bitcoin kerana walaupun risiko yang tinggi akan tetapi peluang mendapatkan keuntungan juga cukup besar".
תגובות