Muhammad Akmal Arfan Roslan
Pelajar Sekolah Menengah Sertai Karnival Keusahawanan Genius Remaja
Penulis: Muhammad Akmal Arfan Roslan
Penyunting: Kuvineshwaren Nedunjelian

Sumber Foto: Facebook Genius Remaja
BANGI, 16 Dis - Seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah di sekitar Lembah Klang sertai Karnival Keusahawanan GENIUS Remaja yang dijalankan pada 13 Disember sehingga 16 Disember di Ruang Legar Aras 2, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Menurut Ketua Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Dr. Nasrudin Subhi, berkata “Program Genius Remaja merupakan Program yang bertujuan untuk menghindarkan remaja golongan B40 daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang berisiko dan jenayah dengan cara mengisi waktu hujung minggu mereka melalui kelas kemahiran yang mereka minati,”. “Tujuan karnival ini dijalankan di UKM adalah kerana ingin mempromosikan Program Genius Remaja dalam kalangan warga fakulti FSSK dan UKM,” tambahan Nasurdin. Terdapat pelbagai jualan dan perkhidmatan yang disediakan oleh golongan remaja ini di tapak Karnival tersebut berdasarkan kelas kemahiran yang telah mereka ikuti di dalam Program Genius Remaja. “Program Genius Remaja ini menyediakan ruang dan peluang kepada remaja golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk mengikuti kelas kemahiran yang mereka minati secara percuma,” kata Nasrudin. Kesemua aktiviti di tapak Karnival Genius Remaja diuruskan oleh remaja yang terlibat itu sendiri dan dipantau oleh pemantau setiap kelas. Muhd Danish Mohd Jeffri, 14, merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Keramat Wangsa Kuala Lumpur, yang telah menyertai Program Genius Remaja selama 5 bulan berkata “Program ini membantu memberikan pendedahan di dalam kelas kemahiran secara percuma kerana bayaran kelas kemahiran di luar sana mahal,”. Danish juga menyatakan bahawa dia berasa gembira kerana dapat menghiburkan pelajar-pelajar UKM dengan nyanyiannya serta teruja apabila terdapat pelajar UKM yang menyertai nyanyian karaoke bersama-sama dengan dirinya. Umi Mairah Ikmal Hakim, 15, merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda Kuala Lumpur, salah seorang remaja yang telah menyertai Program Genius Remaja selama satu tahun berkata “Program Genius Remaja ini membantu saya mengukuhkan lagi bakat di dalam diri saya kerana banyak teknik yang dipelajari dapat mengembangkan kemahiran saya yang sedia ada”. Nasurdin juga berkata bahawa pada tahun ini anggaran pelajar yang menyertai Program Genius Remaja adalah seramai 500 orang pelajar dan seramai hampir 18 ribu pelajar yang telah disantuni serta perkasa sepanjang 12 tahun tempoh program ini dijalankan.
Selain itu Nasrudin menyeru dan menyambut baik sekiranya terdapat rakan industri atau orang awam yang mempunyai kemahiran untuk turut sama bergandingan dalam usaha memperkasa remaja golongan B40 ini khususnya dalam Program Genius Remaja. “Kami juga membuka peluang kepada remaja-remaja golongan B40 di dalam kampus dan remaja yang bukan golongan B40 tetapi mempunyai aspirasi membantu rakan-rakan mereka yang kurang bernasib baik untuk menyertai persatuan Sahabat Perkasa UKM agar dapat menjalankan aktiviti bersama-sama,” tambahan Nasrudin.