top of page
  • Writer's pictureChin Ee May

Pelajar Tempatan Sambut Iftar Bersama Pelajar Antarabangsa dari China di UKM

Penulis: Chin Ee May

Penyunting: Chai Matthew


Sumber: Chinese Community Council UKM


BANGI, 24 April - Lebih 80 pelajar tempatan dan antarabangsa menyambut iftar bersama-sama di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.


Program ini merupakan program fizikal pertama yang dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Cina (CCC-UKM) dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Education Malaysia Global Services (EMGS), Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), dan Pusat Islam UKM selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19.


Program tersebut disertai oleh pelajar antarabangsa dari China dan pelajar tempatan dari UKM, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Taylor, dan SEGI University.


Menurut Ketua Program Majlis Iftar, Chiah Enyo Yi Jie berkata, program ini kurang mendapat sambutan pada peringkat awal akibat wabak pandemik.


“Pada peringkat awal, sambutan pelajar terhadap program ini adalah kurang hangat kerana ketetapan mod pembelajaran secara dalam talian yang masih diamalkan di sesetengah fakulti akibat wabak COVID-19 yang masih berleluasa. Oleh itu, pelajar yang kembali ke kampus adalah kurang, maka sambutan terhadap program fizikal ini turut terjejas,” kata beliau.

Timbalan Pengarah HEP-UKM, Dr Lai Wei Sieng menyampaikan Cenderamata kepada Naib Presiden PPMC, En. Zulkifly Bin Dato' Haji Zakaria - Sumber: CCC-UKM


Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa yang berasal dari China menerusi pendedahan terhadap budaya berpuasa dan majlis berbuka puasa.


“Saya semakin sedar akan keagungan rohani Ramadan yang suci. Ia membersihkan hati seseorang dan membebaskan seseorang daripada dunia yang sibuk,” kata Zhu Yi Han, 22 tahun, peserta majlis iftar.


Zhang Zheng, 24 tahun, “Saya telah belajar banyak tentang Ramadan dan juga budaya Islam yang unik," katanya.


Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden CCC-UKM, Alfred Ngu Choung Chii dan Timbalan Setiausaha PPMC, Encik Ng Chin Long.


Selain aktiviti iftar, majlis ini juga mengadakan aktiviti solat Maghrib, ceramah dan tayangan video asal-usul amalan berpuasa.




77 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page