top of page
  • Writer's pictureNur Amilya Husna Kamarul Zaman

Pelajar UKM Bantu Bina Laluan Pejalan Kaki di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi

Updated: Jan 22, 2023

Penulis: Nur Amilya Husna Kamarul Zaman

Penyunting: Muhammad Haziq Aqmar Amril Nurman


Sumber Foto: Atiqah Kamarulanuar


DENGKIL, 18 Jan Projek Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) yang dibawa oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bantu selesaikan masalah komuniti Orang Asli Temuan dengan membina laluan pejalan kaki bagi memudahkan pelajar sekolah mengakses serta dapat menjamin keselamatan mereka. Menurut Timbalan Ketua Projek, Nur Atiqah Kamarulanuar, 24, tujuan mereka membina laluan pejalan kaki ini adalah untuk memudahkan pelajar di sekolah itu berjalan dalam kawasan persekolahan dengan selamat dan mahu menjadikan sekolah pedalaman tersebut maju, seiring dengan sekolah-sekolah lain yang berada di kawasan bandar. “Sebelum ini ibu bapa serta pelajar akan menggunakan pintu pagar utama sekolah yang membuatkan laluan bagi guru menjadi sesak. “Kami turut memikirkan faktor keselamatan pelajar kerana laluan pagar utama berkemungkinan sesak dengan kenderaan lalu lintas,” katanya.


Sumber Foto: Atiqah Kamarulanuar

SULAM merupakan sebuah kaedah pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti bertujuan untuk memberi pengalaman pembelajaran yang menghubung kaitkan teori dan praktis dengan menyelesaikan permasalahan sebenar dalam komuniti yang berteraskan kasih sayang, kebahagiaan dan saling menghormati.

Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini membolehkan pelajar universiti menyumbang kepada komuniti umum melalui pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ketika kuliah atau makmal untuk diaplikasikan bagi membantu dalam menyelesaikan masalah setempat.

Melalui projek ini diharapkan agar ia dapat menonjolkan ruang idea, kemahiran serta pengalaman kepada pelajar untuk turut terlibat sama dalam perancangan pembaharuan komuniti orang asli yang masih lagi memerlukan pembangunan yang sewajarnya.

Projek ini merupakan anjuran pelajar Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

229 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page