top of page
Writer's pictureNadi Bangi

PELAJAR UKM KONGSI TIPS ELAK COVID-19

Penulis : Hasina Aziz

Penyunting : Muhamad Fitri


Sumber : Tan Yi Hao


BANGI : Susulan peningkatan yang mendadak terhadap isu Corona Virus atau lebih dikenali sebagai Covid-19 di Malaysia pelbagai reaksi yang telah diterima daripada rakyat Malaysia yang sememangnya sinonim dan peka terhadap virus yang menular ini. Setakat hari ini sebanyak 158 kes telah dilaporkan di Malaysia sahaja manakala pada peringkat antarabangsa negara China masih di tangga teratas disusuli Itali.


Pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh netizen di laman sosial Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada juga yang memberi pandangan sendiri berkenaan penularan berkenaan Covid-19 ini. Terdapat banyak persoalan yang dibincangkan. Apa Yang Perlu Dilakukan?


Menerusi perkongsian saudara Tan Yi Hao (Sarjana Muda Sains Perubatan, Tahun 2) yang juga berpengalaman sebagai Petugas Kesihatan di Hospital, menerusi laporan-laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah memahami dan mengikuti apa yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti menunda atau membatalkan percutian ke negara yang terjejas seperti China,Jepun, Korea Selatan dan Iran. Namun begitu terdapat sesetengah pihak yang akan berfikir kerugian kerana sudah menempah tiket penerbangan untuk percutian bersama keluarga.

Pada pandangan beliau pada waktu ini kesihatan hendaklah diutamakan berbanding percutian/.


Langkah-langkah pencegahan awal perlu dititikberatkan seperti menjaga kebersihan diri, kawasan sekitar dan hendaklah mengelakkan diri terdedah daripada kawasan terbuka dan sesak seperti lapangan terbang dan pusat membeli belah. Sekiranya terdapat simptom-simptom yang menunjukkan kearah virus tersebut hendaklah segera berjumpa doktor atau ke klinik yang berdekatan.Penggunaan “hand sanitizer’ dan juga “mask’’ amatlah penting pada waktu ini sebagai langkah awal pencegahan virus ini agar menular. Selain menggunakan “hand sanitizer’’ dan “mask’’ rakyat Malaysia diigantkan agar sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun agar terjamin kebersihan.


Apa yang membimbangkan lagi adalah apabila ada diantara kita sebagai rakyat Malaysia menyebarkan berita palsu berkenaan Covid-19 ini dan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan pihak kesihatan sekiranya terdapat simptom virus ini. Sebagai rakyat Malaysia yang peka akan keadaan sekeliling kita hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia demi kesejahteraan bersama.


Menurut beliau lagi, rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan berita palsu yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kecuali, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. Malahan beliau yakin dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang bagi mengelakkan penyakit tersebut menular. Oleh itu kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu pihak kesihatan bagi menghalang virus ini menular sehingga meninggalakan kesan yang serius di Malaysia.

37 views0 comments

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page