top of page
  • Writer's pictureMineshwara

Pelajar UKM Sasar Kutip Dana Bantu Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Penulis : Mineshwara A/L Ramaispran

Penyunting : Nurul Izzaty Syazwani Bt Hazizi


Sumber: Kelab Sentamil Kalagam (KSK)


BANGI, 5 Jun - Kelab Sentamil Kalagam (KSK) dengan kerjasama Himalayan’z Indian Club (HIC) dan Kelab Mahasiswa India (KMI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia melalui kutipan dana Festival ‘Shades of Picasso’ yang akan berlangsung pada 18 Jun 2022 di Panggung Seni UKM.


‘Shades of Picasso’ merupakan pesta yang terbesar anjuran KSK dimana ia melibatkan semua pelajar daripada berbilang kaum dan pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti colour run sejauh 5 km, permainan warna, konsert, gerai jualan dan banyak lagi.


“Tujuan festival ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar IPTA/IPTS supaya mementingkan kesihatan disamping beramal untuk membantu golongan yang memerlukan dan juga menyumbang keuntungan yang diperolehi kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia,” kata Ketua Pengarah Projek, Sashwin Raj A/L Kathirasan.


Tambahan pula, kutipan derma turut dilakukan oleh kelab ini melalui penjualan tiket pendaftaran. Penyertaan pelajar UKM dalam program ini juga akan membantu pesakit-pesakit kanser kerana yuran kemasukan yang diterima daripada program turut diberikan kepadanya.


“Pada masa yang sama, program seumpama ini diadakan sebagai langkah proaktif KSK untuk menarik kesedaran para pelajar dan masyarakat mengenai penyakit kanser dan membuktikan semangat perpaduan dan dapat menunjukkan sokongan para pelajar kepada pesakit kanser daripada semua lapisan masyarakat,” ujar Timbalan Ketua Pengarah Projek, Ritikka Nair A/P Appunni.


Beliau turut berkata bahawa berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa untuk program besar ini bukanlah perkara yang mudah kerana terdapat banyak halangan dan cabaran yang perlu diatasi semasa proses perancangan dan persediaan program ini.


“Saya berasa bangga dan gembira untuk menjadi salah satu ahli jawatankuasa program ini kerana usaha dan kerjasama kami dalam aktiviti kebajikan ini dapat membantu pesakit-pesakit kanser dan kami berharap inisiatif ini menjadi contoh kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di luar sana,” ujar timbalan setiausaha program, Kumutha A/P Santharan, 21 tahun.


“Kami berkerja keras dalam mencari dana dengan pelbagai cara terutamanya menghantar pakej penajaan program kepada syarikat-syarikat yang besar untuk mendapatkan dana serta mengambil inisiatif untuk turun padang melakukan ‘street marketing’ di Brickfield, Midlands dan Klang,” kata Ahli Exco Program, Rajeswary A/P Sanmugawil.


40 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page