Penulis: Ahmad Naufal Bin Azmi Mustafa
Penyunting: Mohamad Asyraf Bin Ishak
Sumber foto: tngdigital.com.my
KUALA LUMPUR, 12 DIS - Pelajar universiti bimbang bantuan eBelia Rahmah tidak akan diteruskan pada tahun hadapan selepas kerajaan tidak dapat beri jaminan untuk meneruskannya.
Pada 10 Disember lalu, Di dalam sesi dialog Malaysia Madani bersama Perdana Menteri pada majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata yang keputusan untuk meneruskan bantuan kewangan eBelia Rahmah itu adalah bergantung kepada keupayaan kewangan negara.
eBelia Rahmah merupakan satu bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan di dalam bentuk e-tunai melalui aplikasi Touch N Go, Boost & Setel kepada belia yang berusia 18 hingga 20 tahun atau mereka yang masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan peruntukan sebanyak RM400 juta pada tahun 2023.
Kenyataan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar universiti yang sangat
mengharapkan dan bergantung kepada bantuan eBelia yang telah beri banyak manfaat kepada mereka pada tahun sebelum-sebelum ini.
Seorang pelajar IPT di satu universiti awam berkata yang bantuan eBelia Rahmah sebanyak rm150 tahun lepas sangat membantu beliau dalam mengurangkan beban beban semasa menuntut belajar.
"lanya memberi banyak manfaat kepada saya kerana saya gunakan bantuan tersebut untuk membeli buku yang diwajibkan untuk digunakan di dalam kelas, kerana harga buku sangatlah mahal terutama untuk pelajar." Katanya.
Selain itu, seorang pelajar IPT yang menuntut di Kuala Lumpur mengatakan bahawa kos sara hidup yang tinggi di kota menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada bantuan-bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk kelangsungan hidup.
"Saya mempunyai banyak adik beradik yang masih bersekolah, jadi saya tidak mahu membebankan lagi ibu bapa untuk menampung kos sara hidup saya di sini.
Walaupun rm150 atau rm200 itu tidak nampak banyak, tetapi untuk pelajar seperti kami ini ia dapat menampung kos makan untuk 2 minggu kalau pandai berjimat.” katanya
Seorang pelajar IPT jurusan seni halus meluahkan rasa kecewa selepas mendengar bahawa bantuan itu mungkin tidak akan diteruskan kerana dia perlukan duit yang banyak untuk membeli barang-barang keperluan pelajaran seperti cat, berus, kayu dan lain-lain.
"Saya berharap kerajaan akan tetap teruskan bantuan eBelia ini kepada golongan pelajar IPT dan memberikan pertimbangan yang berat." ujarnya.
setuju