• Nadi Bangi

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Menyumbang Kepada Perpaduan Kaum Dalam Kalangan Pelajar Sekol

News by: Vetha Shahana

Editor: Auzaee Athallah


Sumber: Media KASIH2020


BANGI, 7 MAC – Persatuan F.Com Indian Society dengan anjuran biro Integrasi dan Perpaduan Kaum Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan program Kajai Sisip Harapan (KASIH) 2020 di Sekolah Jenis Kebangsaan(T) Ladang Semenyih pada 7 Mac 2020 yang lalu.


Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah serta membangunkan motivasi diri supaya dapat menyediakan diri untuk berdepan dengan cabaran hidup yang bakal ditempuhi.


Program ini telah dirasmikan oleh Dr Badrulzaman bin Abdul Hamid, Pengetua Kolej Rahim Kajai.


“Program ini menjadi suatu usaha yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran murid-murid tentang pentingnya perpaduan kaum dalam negara yang berbilang kaum ini”, ujar beliau dalam ucapan perasmian KASIH.


Acara program dimulakan dengan pertandingan Explorace yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara murid-murid serta sebagai aktiviti lasak untuk meningkatkan daya kecerdasan mereka.


Pihak penganjur telah menjemput Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sivil Melaka (PKMSM), Encik Muhammad Anwar Fahmi Hari Das bin Abdullah sebagai penceramah untuk memberi ceramah motivasi kepada murid-murid SJK (T) Ladang Semeyih.


"Sebagai Penceramah Undangan, program ini mampu untuk menjadi asas pembinaan semangat belia di negara ini. Saya sentiasa kagum akan kelebihan Warga UKM yang tidak pernah gagal dalam menunjukkan sifat yang berjiwa besar, berfikiran jauh dan amat lestari”, kata beliau dalam ucapannya semasa upacara perasmian diadakan.


Tepat pada pukul 12.45 tengahari, upacara perasmian dan penutupan diadakan di dewan sekolah dan dimulakan dengan ucapan Ketua Pengarah Program KASIH 2020, Cik Vimala Shanmugam diikuti dengan ucapan Pengetua Kolej Rahim Kajai dan disudahi dengan gimik perasmian serta penutupan program tersebut.

67 views0 comments