top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajar UPTM Sentuh Jiwa Nostalgia Melalui Teater Tiga Abdul

Penulis: Nurul Halida Norniza

Penyunting: Nur Najwa ‘Awatif Mohd Taufek


Sumber foto: Nurul Halida Norniza


AMPANG, 22 Nov: Sebuah pementasan teater yang bertajuk Tiga Abdul anjuran pelajar Universiti Poly- Tech Malaysia (UPTM) yang dipentaskan pada 16 Oktober 2023 lalu berhasil menyentuh jiwa penonton dengan semangat nostalgia yang memenuhi Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).


Filem Tiga Abdul merupakan filem Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1964 dan diarahkan oleh P.Ramlee. Filem ini mengisahkan tentang tiga saudara yang bernama Abdul berusaha untuk membantu ayah mereka yang kesusahan. Dalam usaha mereka, mereka terlibat dalam pelbagai situasi lucu dan menghiburkan. Tiga Abdul menjadi salah satu filem Malaysia yang terkenal dan dianggap sebagai klasik dalam sejarah filem tempatan.


Pementasan teater Tiga Abdul yang dihasilkan oleh pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia ini dilakukan dalam bahasa Inggeris selaras dengan bidang pengajian yang diambil iaitu Applied English Language.


Pengarah teater Tiga Abdul, Nuralia Azirah Norhisham, berkata pemilihan tajuk teater Tiga Abdul ini mereka hanya bergantung kepada tangan yang mencabut undi kerana teater ini merupakan salah satu tugasan bidang pengajian mereka.


“Kami berbesar hati menerima cabaran ini dan berharap agar dapat memberi nafas baru kepada filem lagenda Tiga Abdul ini. Kami tidak menukar 100 peratus jalan cerita asli Tiga Abdul, kami mahu kekalkan orginaliti karya filem ini walaupun ada sedikit komponen cerita yang kami ubah untuk menjadikan ia lebih menarik dan relevan dengan masa kini,” katanya ketika ditemubual melalui aplikasi

Whatsapp.


Dalam pada itu, penulis skrip teater Tiga Abdul, Nur Irdina Roslan, ketika ditemubual memaklumkan bahawa terdapat beberapa elemen unik yang ditambahkan ke dalam pementasan ini bertujuan menjadikan teater lebih menarik dengan penambahan babak dan watak pada bahagian terakhir teater yang tidak ada di dalam filem bagi menampakkan sedikit kelainan dari filem asal namun tidak menukar jalan cerita yang sebenar filem ini.


“Sebelum ini macam tak minat sangat cerita P.Ramlee tapi bila tengok filem Tiga Abdul untuk buat skrip dan untuk semua pelakon berlakon, dia rasa macam best jugak cerita dia yang ini jadi dari situ rasa nak tengok filem P. Ramlee yang lain pulak dan bila ada pementasan ini jugak lah dia menaikkan semangat nostalgia sebab teringat waktu kecil dulu bila mak selalu pasang movie P. Ramlee.


“Saya berharap pementasan ini bukan semata mata untuk penonton melihat persembahan teater kami dan lupakan begitu sahaja akan tetapi saya berharap dengan penyampaian kecil dari kami, dapat menaikkan imej dan nama UPTM sebagai pelajar pelajar yang kreatif, berdedikasi dan berusaha keras ketika melakukan sesuatu kerja untuk sentiasa memberi yang terbaik,” katanya.


Salah sorang penonton, Huwaina Rohidin, berkata walaupun pementasan dilakukan dalam bahasa Inggeris namun penyampaian jalan ceritanya masih berkesan kerana dari segi intonasi masih dikekalkan seperti filem asal dan ditambahkan lagi lawak yang mencuit hati.


“Walaupun pementasan ini merupakan lakonan semula, tapi saya pasti minat akan drama P.Ramlee akan semakin meningkat lebih-lebih lagi kepada generasi muda walaupun tidak dinafikan boleh ditonton cerita asli di platfom tertentu namun pementasan sebegini boleh menghidupkan minat dengan tontonan langsung,” katanya ketika ditemubual di MPAJ.


Pelancaran teater ini bukan sahaja mencerminkan bakat seni pelajar UPTM, malah menjadi acara yang menghidupkan suasana kampus dengan budaya dan warisan seni Melayu.

224 views7 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page