top of page
  • Writer's pictureAsyiqin Rashid

Pelajar USM Maut Jatuh Dari Tingkat Lapan Kolej

Penulis: Asyiqin Rashid

Penyunting: Sudais Ferhard

Sumber: mppusm.official


GELUGOR, 25 April - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Lukman Hakim Mat Rani, 22 tahun dipercayai meninggal dunia setelah jatuh dari tingkat 8 bangunan Desa Siswa Tekun, USM.


Mangsa dijumpai oleh Naib Yang Dipertua II Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) USM, Tengku Muhammad Ersad Bin Tengku Mazlan dalam keadaan parah kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.


Ersad memberitahu bahawa rakan-rakan mula menyedari ketiadaan mangsa semasa mereka menghadiri kelas malam.


“Kawan biliknya mengatakan bahawa kali terakhir dia melihat mangsa adalah ketika mangsa sedang mengait baju di ampaian.


“Saya tidak mengatakan fasiliti ampaian baju itu tidak selamat, kerana bahagian tembok dinding yang dibuat adalah tinggi dan pelajar tidak akan jatuh melainkan mereka panjat bahagian balkoni tersebut,” katanya.


Menurut Ersad, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi perlakuan dan tingkahlaku sebelum kejadian berlaku.


Ersad juga ada memberi cadangan dan saranan supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai berita-berita tidak sahih yang tular di media sosial.


“Sampai ada yang cakap dia amalkan ajaran sesat apa semua. Itu semua tidak betul, dia tak pernah buat macam tu!”


Pihak USM masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes kematian pelajar tahun 2 dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan itu.


“Buat masa ini saya belum dapat apa-apa makluman tentang tindakan dari pihak pengurusan, mungkin akan dimaklumkan dalam waktu terdekat sebelum raya,” kata Ersad ketika ditemu bual semalam.


Menurut laporan polis yang dipetik melalui akhbar di Astro Awani, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat dan ujian saringan Covid-19.


Soffian memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kematian pelajar tersebut dikategorikan sebagai mati mengejut.

197 views1 comment

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page