top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pelajaran Bukan Halangan Menjadi Usahawan

Penulis: Ang Xin Yi

Penyunting: Shafiq Muslim


BANTING, 13 Okt - Minat yang mendalam dalam bidang pastri telah mendorong dua orang anak muda yang masih sedang belajar untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan kek secara dalam talian, di mana ia telah berlangsung selama hampir 4 tahun.


Ang Xin Tong, seorang pelajar Ijazah Sarjana Sains (Perubatan Veterinar), Universiti Putra Malaysia dan adiknya Ang Xin Juin, pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad telah menjadikan perniagaan kek dalam talian ini sebagai pekerjaan sambilan mereka selain daripada belajar.


“Sejak dahulu saya telah berminat dalam bidang ini si mana saya mula belajar dari aplikasi Youtube. Selepas itu, saya telah menggunakan duit simpanan sendiri untuk mengikuti beberapa kelas pastri dan saya bermula perniagaan saya apabila saya rasa saya bersedia.


“Perniagaan ini bukan berjaya sejak permulaan, saya dan adik saya juga menghadapi kegagalan seperti tiada jualan dalam sebulan, tidak sempat untuk menyiapkan pesanan yang terlampau banyak dalam sesuatu masa dan sebagainya tetapi semua masalah ini dapat kami selesaikan dengan bekerjasama.” kata Xin Tong.


Dalam 4 tahun ini, mereka telah bekerjasama untuk menjalankan perniagaan kek yang dinamakan ‘Sophia Homemade’ di mana mereka bukan sahaja menjual kek yang mengikut trend seperti Chicken Floss Cheese Cake, mereka juga turut menjual kuih tradisional orang Cina iaitu Ang Ku Kuih.


Pada musim perayaan atau sembahyang orang Cina, jualan Ang Ku Kuih pernah mencecah lebih 400 biji dalam satu minggu, dan rata-rata pelanggan yang membeli kuih daripada mereka turut memberi sokongan kerana jarang orang muda yang mahir membuat kuih tradisional ini pada masa sekarang.


“Walaupun kadang-kala tidak cukup tidur apabila menerima banyak pesanan daripada pelanggan, tetapi saya terus gigih berusaha untuk membangunkan perniagaan ini kerana ia merupakan peluang yang baik bagi saya sebagai seorang pelajar pengurusan perniagaan, terutamanya dalam mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang telah saya belajar” kata Xin Juin.


Kedua-dua orang adik-beradik ini juga turut menasihati mahasiswa dan mahasiswi yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan supaya tidak takut kepada kegagalan kerana pada suatu ketika nanti kejayaan tersebut pasti akan datang jika terus berusaha.

18 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page