Oleh: Marllisa Anttonysamy
Penyunting: Aqilah Azanil
Sumber: Reuters
BANGI, 12 Jan – Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan 3 fasa di seluruh Malaysia untuk tempoh 14 hari dari jam 12.01 malam 13 Januari hingga 26 Januari kerana peningkatan kes Covid-19 secara mendadak namun adakah rakyat bersedia menghadapi situasi ini semula ?
Baru-baru ini, kes harian Malaysia merekodkan empat digit menyebabkan rakyat Malaysia dan pihak kerajaan mulai bimbang. Bagi mengurangkan penyebaran wabak tersebut, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri yang mencatatkan kes paling banyak iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sabah. Enam lagi negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPB) iaitu negeri Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Dua buah negeri yang mencatatkan kes paling sedikit akan meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Caroline Anttony, 28 dari kawasan PKP berkata pelaksanaan ini langkah yang bagus untuk membendung penularan wabak Covid-19. Namun, ramai rakyat Malaysia yang menangguh perancangan mereka pada tahun 2020 telah membuat rancangan pada tahun ini. Segelintir individu yang ingin memulakan kehidupan baru dengan mendirikan masjid, tetapi dengan pelaksanaan semula PKP menjadi suatu halangan untuk meneruskan upacara akad nikah. Lebih-lebih lagi, semua wang pendahuluan yang dibayar tidak akan dipulangkan juga. Dia juga mengatakan dengan pelaksanaan PKP semula boleh menyebabkan masalah rumah tangga meningkat. Hal ini kerana, masalah kewangan adalah punca utama untuk pasangan suami isteri yang kehilangan kerja. Pada waktu yang sama, pasangan yang bekerja runsing dan tidak tahu di mana untuk menghantar anak-anak mereka sementara sekolah atau tadika masih tutup secara fizikal.
Menurut Ashikin, 23 dari kawasan PKPB berkata “Saya bersyukur setakat ini kerajaan masih mengenakan syarat PKPB di negeri saya. Masyarakat di sini masih boleh menjalankan aktiviti seperti biasa namun mesti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak kerajaan. Selain itu, peniaga-peniaga di sini juga tidak perlu risau dan masih boleh berniaga. Syarat yang dikenakan untuk kami juga tidak terlalu ketat seperti negeri-negeri yang dilaksanakan PKP. Saya berharap dengan pelaksanaan syarat-syarat ini, Covid-19 dapat dihapuskan.”
Hasina, 25 dari negeri PKPP mengatakan beliau berasa lega negeri Sarawak dibawah fasa PKPP. Namun begitu, berbeza dengan keputusan Kerajaan Sarawak apabila terdapat tiga bahagian iaitu Sibu, Miri dan Kuching diberi arahan untuk melaksanakan PKPB. Kawasan beliau turut terkena tempiasnya. Pada awalnya, masyarakat yang berada di kawasan Sibu agak panik apabila kluster Mador wujud kerana sejak Covid-19 mengganas tidak pernah sekalipun kawasan ini mempunyai kes positif. Apabila berlaku kes tersebut, masyarakat terkilan dan sedih namun dapat menarik nafas lega apabila tiada kes baharu. Walaubagaimanapun, mereka dikejutkan dengan Kluster Pasai dimana ianya digelar super spreader, hanya kerana seorang wanita pulang dari Johor dan menyebabkan 100 lebih jangkitan. Ramai yang menunding silap kerjaan Sarawak, namun begitu hotel yang tidak mahu menerima tawaran harga yang dikenakan kerajaan Sarawak ke atas hotel mereka untuk dijadikan kuarantin. Disebalik isu tersebut, wanita itu memuat naik status di media sosial Facebook bahawa dia tidak bersalah kerana ujian pertama covid negatif, yang kedua pun sepatutnya negatif tapi hal yang lebih parah berlaku.
Hasina juga menambah bahawa ibu ayahnya mengadu bahawa perniagaan mereka akan mula terjejas apabila berlakunya PKPB di kawasan tersebut. Hal ini kerana, sewaktu Kluster Mador diisytiharkan, mereka menutup gerai selama seminggu untuk langkah berjaga-jaga. Namun, baru sahaja ingin kembali berniaga, PKPB dikenakan, maka SOP yang lebih ketat akan dikenakan seperti dua orang satu meja dan seeloknya membungkus makanan yang dibeli.
Comments