• Nadi Bangi

Pelaksanaan PKPP Jejaskan Perniagaan di Jonker Walk

Oleh: Jane Low

Penyunting: Sharon Tang


Sumber: Jane Low


BANDAR HILIR, 9 April - Para peniaga merungut tentang kerugian ekonomi yang dihadapi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)telah membawa impak yang amat besar terhadap peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan Jonker Walk. Malah, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah dilaksanakan sejak 5 Mac 2021 nampaknya tidak membawa pemulihan dari segi ekonomi di kawasan tersebut.


Pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) di enam negeri termasuk negeri Melaka. Pelaksanaan PKPP bermaksud hampir semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) perniagaan, iaitu mengamal penjarakan sosial, mengguna aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon serta memakai pelitup muka. Pemerintahan tersebut sepatutnya membantu perniaga-perniaga dari sektor ekonomi kerana aktiviti perniagaan tidak lagi terhad seperti Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malangnya bagi peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaandi Jonker Walk menghadapi cabaran ekonomi sekiranya Kerajaan Malaysia tidak membenarkan pergerakan rentas negeri.


Menurut pengurus kedai Jonker Gallery berkata, kedai Jonker Gallery terpaksa menghadapi kerugian sebanyak 95% dari keseluruhan keuntungan sejak PKP dilaksanakan di seluruh negara.


Market perniagaan di Jonker Walk adalah daripada pelancong luar negeri serta pelancong dari negara asing. Sekiranya kerajaan Malaysia tidak membenarkan pergerakan rentas negeri, peniaga di kawasan ini memang susah untuk mendapatkan keuntungan malah juga terpaksa menanggung kerugian yang tidak dapat dijangka ini.”


Beliau mengharapkan situasi ini dapat dikawal dengan secepat mungkin dan kerajaan Malaysia boleh mempertimbangkan untuk membuka sempadan negeri dengan membenarkan pergerakan rentas negeri dengan secepat mungkin bagi menjaga kebajikan rakyat terutamanya sektor pelancongan.


“Orang tempatan memang jarang berbelanja di Jonker Walk, terutamanya barang cenderamata,” kata peniaga gerai barang cenderahati yang bernama Jimmy. “Pengunjung yang datang ke Jonker Walk hanya terhad kepada orang tempatan, terutamanya remaja atau orang yang memang lama tinggal di kawasan ini. Biasanya mereka hanya datang untuk berjalan-jalan, mungkin beli sikit makanan semasa mereka mengunjung ke sini, tetapi memang tidak akan berbelanja banyak. Dalam situasi ini, kita sebagai peniaga yang untung wang pelancong tidak boleh terlalu fokus kepada keuntungan atau kerugian. Kalau kita asyik teringat-ingat betapa perniagaan saya rugi dalam bulan ini, kita memang akan rasa kecewa untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, apa yang saya boleh buat adalah berkerjasama dengan pihak jawatankuasa Jonker Walk, membuka gerai setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sekurang-kurangnya Melaka masih mengekalkan salah satu tarikan pelancongan.”


Menurut pemilik gerai makanan Takoyaki Mdm Tan mengatakan bahawa dia harap pihak berkuasa Jonker Walk boleh melakukan sesuatu untuk menjaga kebajikan perniaga-perniaga di sini.


“Sewaan sebanyak RM700 hingga RM900 agak berat kepada perniaga terutamanya dalam situasi sebegini. Hampir semua perniaga di sini menghadapi kerugian sebanyak 80% dan ke atas setiap bulan, sewa bulan sebanyak RM700 nampaknya kecil tetapi masih agak berat kepada kita sebagai peniaga. Harap pihak berkuasa boleh mengambil langkah seperti mengurangkan sewaan untuk membantu perniaga di sini”, katanya.

342 views0 comments

Related Posts

See All