top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peluang Kedua Buat B.I Terpalit Isu Dadah

Updated: Jan 30

Penulis: Amir Aiman

Penyunting: Farzana Uyub


Sumber Foto: Google

 

Kisah tular selepas B.I terjerat dengan skandal dadah yang berlaku pada tahun 2016. Beliau juga telah mengaku bersalah di atas tuduhan membeli dadah dan kegiatan tersebut telah diberkas apabila terdapat siasatan polis dilakukan keatas salah seorang pengedar dadah di Korea.

 

B.I atau nama sebenarnya Kim Han-Bin merupakan seorang penyanyi yang berasal daripada Korea Selatan dan pernah menjadi ahli kumpulan IKON dibawah naungan syarikat terkenal, YG Entertainment pada tahun 2016. Semasa beliau bersama kumpulan tersebut pelbagai lagu telah dihasilkan dan berjaya dianugerahkan “Songwriter of the Year” di pentas berprestij Anugerah Musik Melon pada tahun 2018.

 

Namun begitu, segalanya berubah buat B.I apabila beliau terpaksa membuat keputusan sulit untuk meninggalkan IKON pada tahun 2019. Beliau juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya di akaun rasmi Instagram. Setelah itu, YG Entertainment juga turut mengemukakan permohonan maaf dan menerima keputusan beliau untuk menarik diri lalu menamatkan kontraknya sebagai artis dibawah agensi tersebut.

  

Walau bagaimana, pada tahun 2021 beliau telah muncul dengan lembaran baru dan menjadi artis solo dibawah naungan syarikatnya sendiri yang digelar 131 Label. Sejak dari itu, kesemua hasil lagu telah dicipta melalui charity single album pertamanya yang berjudul Midnight Blue (Love Streaming) manakala full-leght charity studio album pula bertajuk Waterfall.

 

Sumber foto: Laman Instagram TRX

 

Bukan sahaja itu, baru-baru ini beliau telah menggegarkan pentas Tun Razak Exchange (TRX) di Malaysia dalam menyambut ambang tahun baru 2024. Turut serta juga dalam The Exchange: Countdown Party penyanyi lokal dan antarabangsa yang lain seperti Clean Bandit (Live PA), Leo, Lunadira, Airliftz dan Ashley Lau. Konsert ini telah memberi reaksi positif terutama kepada peminatnya yang bergelar ID (Be Identity). Gelaran tersebut diberikan kerana ia signifikan buat peminat dalam melengkapi identiti B.I.

 

Nadi Bangi sempat menemu ramah bersama seorang ID, Sella Sulaiman, 24 mengatakan bahawa dia mengenali B.I sejak tahun 2014 lagi ketika beliau berada di rancangan realiti ‘WHO: Is Next’ sebagai ‘Team B’. Daripada itu, dia mula meminati beliau apabila lagu hits yang dicipta olehnya mula tersebar meluas iaitu ‘Love Scenario’ yang sangat memberi makna buatnya. Ini menjadikan dia ingin tahu lebih mendalam sehingga menjadi penyokong tegar beliau.

 

“Saya kenal HanBin sejak 2014 lagi di satu rancangan realiti ‘WHO: Is Next’ sebagai ‘Team B’ yang berlawan dengan ‘Team A’ yang kini dikenali sebagai ‘WINNER’. Daripada situlah saya mula mengikuti berkembangan dia dan mulan minati setelah lagu ‘Love Scenario’ mula hits merata dunia. Kini saya boleh dikatakan penyokong tegar beliau” katanya.

 

Dalam pada itu, dia juga merasakan B.I telah diberikan peluang kedua setelah membina karier baru disyarikatnya itu sendiri. Walaupun beliau telah disekat di stesen televisyen khususnya di Korea Selatan namun masih ramai yang menyokongnya terutama penduduk dunia.

 

Dia juga mengatakan dia sangat memandang tinggi kepada beliau kerana perubahan sikap beliau yang sangat menghargai peminatnya dengan sering membuat interaksi bersama ID. Disamping itu, beliau juga banyak membuat kebajikan dengan membantu orang awam.

 

“Saya juga rasakan HanBin telah diberi peluang kedua setelah dia membuka karier baru di syarikat muziknya sendiri. Walaupun dia banyak disekat di rancangan televisyen Korea Selatan tapi peminat dunia masih menyokongnya.

 

“Dan saya sangat hormat dia terhadap perubahan sikap dia yang menghargai peminatnya. Dia juga banyak membuat charity kepada orang awam untuk membantu mereka yang susah,” ujarnya lagi.

 

Sumber foto: Google


Dalam pada itu, Zuleykha Zahiddin, 23, menyatakan bahawa masyarakat seharusnya memberi peluang kedua buat B.I, walaupun kesalahan yang dilakukan adalah besar namun perlu bersyukur kerana dia ingin membuat perubahan dalam hidup seperti manusia normal.

 

Beliau memiliki bakat yang sangat berkualiti dan peminat yang ramai di serata dunia. Tambahan itu, muzik-muzik yang dihasilkan juga sangat bermakna dan mampu membuatkan pendengar berasa tenang dan ingin bersama-samanya maju kehadapan.

 

“Saya setuju dia seharusnya diberikan peluang kedua kerana walaupun kesalahan yang dilakukan besar tetapi kita seharusnya bersyukur kerana dia ingin berubah macam manusia biasa.

 

“Sebab dia ada talent, dah ada fanbase dan saya yakin dia boleh berubah kearah kebaikkan. Muziknya juga dapat bantu pendengar keep on moving. Tak salah kalau dia kembangkan lagi karier diluar negara kerana lebih peluang dan penerimaan,” katanya.

  

Tiga Lagu Hits B.I

 

Dalam pada itu, Mereka juga sempat berkongsi tiga lagu terbaik yang seharusnya didengari oleh setiap lapisan masyarakat terutama buat mereka yang ingin mengenali dan mula meminati B.I.

 

1. BTBT (B.I x Soulja Boy feat. DeVita)

 

 sumber foto: Google


"BTBT" adalah karya dari B.I bersama dengan rapper dan produser rakaman terkemuka dari Amerika iaitu Soulja Boy serta berkolaborasi bersama penyanyi berbakat Korea Selatan, DeVita. Lagu ini secara rasmi telah diperkenalkan kepada penonton pada 13 Mei 2022 dan menjadi singel utama dari album mini B.I yang berjudul "Love or Loved Part.1."

 

Pencapaian luar biasa dari "BTBT" termasuk mencapai lebih dari 100 juta streaming di platform Spotify dalam setahun setelah dirilis. Video Muzik (Performance Ver) yang menampilkan tariannya juga mencatat lebih dari 50 juta penonton di YouTube. Tidak hanya itu, lagu ini juga telah diangkat di beberapa majalah ternama, termasuk Time dan Nylon, yang menobatkannya sebagai salah satu dari yang terbaik dalam kategori lagu K-pop tahun 2022.

 

2. Keep Me Up

 

 sumber foto: Google


Di dalam video muzik "Keep Me Up" penonton dapat merasakan bagai berada di sebuah alam yang lebih futuristik atau dunia masa depan. Dalam pada itu lagu ini juga adalah hasil kesinambungan bagi lagu "BTBT" seperti wujudnya pita 8-track dari "BTBT" yang dipegang oleh B.I di awal video dan terdapat kereta terbang pada latar belakang video tersebut. Sebagai seorang penyanyi, penulis lagu, dan produser, B.I telah menunjukkan kebolehannya sebagai penari dengan gerakan hip-hop yang sempurna dan menarik. Kini hampir 20 juta strim di Spotify dan menerima 9.8 juta tontonan di laman Youtube.


3. Dare To Love

 

 sumber foto: Google


Lagu "겁도 없이 (Dare to Love)" oleh B.I (Ft. BIG Naughty) telah mengangkat tema keberanian dan keputusan untuk mendapatkan cinta tanpa rasa takut. Liriknya juga memperlihatkan kepercayaan diri dengan yakin yakin menyatakan cintanya dan bersedia mengambil risiko demi orang yang sedang dicintai. Lagu ini telah mendapat jumlah penstriman sebanyak 5 juta pendengar di platform Spotify namun begitu tiada muzik video yang dikeluarkan bagi lagu ini.

 

 

17 views6 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page