top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pemain Naturalisasi Bukan Penentu Mutu Bolasepak Skuad Kebangsaan

Oleh: Azmi Nordin

Penyunting: Rahimi Rahim


sumber : makanbola.com


Apabila disebut tentang pemain naturalisasi ramai mula membayangkan pemain Harimau Malaya yang merupakan pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula, dan Liridon Krasniqi. Kemasukan pemain pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan negara dilihat tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh peminat bola sepak tanah air selepas melihat permainan Malaysia menentang UAE di peringkat kelayakan Piala Dunia 2023 khamis lepas.


Pemain naturalisasi merupakan pemain yang memperoleh kewarganegaraan melalui tempoh masa mereka berada di negara ini atau mana-mana kriteria lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Beberapa pemain naturalisasi dikritik hebat oleh peminat bolasepak tanah air kerana menganggap mereka hanya berjalan di atas padang dan malas bergerak melakukan pressing keatas pihak lawan di dalam perlawanan menentang UAE tempoh hari . Status naturalisasi mereka mula dipersoal kerana corak permainan yang ditunjukkan tidak melambangkan mereka bermain untuk ‘lencana di dada’. Perubahan perlu ditunjukkan oleh pemain yang dikritik ini bagi membuang persepsi peminat bola sepak tanah air terhadap mereka.


Idea Pemain Naturalisasi Pernah Ditolak


Idea untuk membawa masuk pemain naturalisasi ke dalam skuad kebangsaan pernah ditolak mentah mentah oleh bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin pada tahun 2017. Beliau menyatakan bahawa perubahan mutu bolasepak negara tidak boleh dilakukan dalam hanya satu malam tetapi ia melibatkan banyak perkara. “kita boleh dapatkan keputusan yang baik dalam masa yang singkat dengan menggunakan pemain naturalisasi namun itu bukan jalan penyelesaian untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air” (sumber Astro Awani) . Isu ini muncul selepas kekalahan pasukan Malaysia menentang Korea Utara dalam kelayakan Piala Asia 2019.


Secara kasarnya, membawa masuk pemain naturalisasi tidak memperkuatkan secara drastik skuad kebangsaan itu tersendiri. Untuk memperkuatkan sebuah pasukan bola sepak itu memerlukan masa yang panjang. Di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan seperti NFDP (National Football Development Programme) dan Akademi Mokhtar Dahari. Akademi Mokhtar Dahari diciptakan bagi melahirkan pemain tanah air yang berkemahiran tinggi di dalam sukan bola sepak dan mampu mengharumkan nama Malaysia selesai mereka keluar daripada Akademi itu. Akademi Mokhtar Dahari ini khas buat generasi muda mendapat pendedahan bakat di peringkat antarabangsa dan diterapkan dengan latihan yang bertaraf dunia bagi mereka mencapai tahap prestasi yang tertinggi.


Bakat Anak Muda di Luar Negara


Selain pemain naturalisasi, pemain muda yang bermain di liga luar negara juga boleh dijadikan fokus utama baru buat FAM bagi meningkatkan mutu permainan bola sepak skuad kebangsaan. Alternatif ini perlu diterapkan agar tidak mengharapkan sepenuhnya kepada pemain naturalisasi kebangsaan yang sudah berumur.


Pemain remaja yang mempunyai darah keturunan Malaysia yang bermain di luar negara boleh dijadikan strategi jangka panjang kerana umur mereka yang muda dan bakat mereka dicungkil dari awal di peringkat antarabangsa. Antaranya seperti Wan Kuzain Wan Kamal (22 tahun) yang bermain bagi pasukan Rio Grande Valley FC di liga Amerika Syarikat, Omar Azlan (16 tahun ) kini bermain untuk pasukan kelab serbia terkenal, Red Star Belgrade B-17.


Dengan memanggil pemain seperti ini dari awal pasti akan wujud persefahaman lebih awal buat skuad kebangsaan dalam mengharungi perlawanan peringkat antarabangsa. Komunikasi dan keselesaan buat pemain adalah perkara yang penting buat pemain bolasepak itu sendiri. Dan hal ini pasti dapat dicapai oleh mereka kerana mereka bermain lebih awal bersama barisan pemain kebangsaan yang lain.


Contohi Pasukan Gergasi Asia Seperti Jepun dan Korea Selatan


Pasukan gergasi asia seperti Jepun dan Korea Selatan dilihat boleh menjadi contoh apabila mereka menggunakan pemain berdarah campuran dan juga pemain tempatan mereka sahaja. Meski berbeza dari sudut fizikal berbanding pemain daripada eropah, ia tidak menghalang mereka mencetak nama di peringkat Piala Dunia.


Apa yang membuatkan pasukan seperti Jepun berjaya ke peringkat yang tinggi adalah kerana kepantasan pemain serta kemahiran mereka untuk mengelecek bola. Rata rata pemain Jepun sendiri bermain di peringkat eropah yang menjaminkan rentak permainan skuad kebangsaan mereka seiring dan tidak kekok di peringkat antarabangsa. Selain itu pemain pemain mereka sudah bersama dalam tempoh yang lama membuatkan kesefahaman di dalam pasukan terbina sekaligus memahami perwatakan masing masing di atas padang seperti Keisuke Honda (10 tahun), Shinji Kagawa (11 tahun) bersama pasukan mereka dan ramai lagi.


Jurulatih skuad kebangsaan tidak perlu gusar untuk menurun pemain tempatan yang berkebolehan dan mempunyai fizikal yang kecil berbanding pihak lawan. Kerana mereka membawa semangat juang yang tinggi dan pasti akan memberikan impak yang tinggi kedalam skuad kebangsaan. Tidak lupa juga pasukan ragbi Malaysia yang rata rata dibarisi pemain tempatan terkini berjaya mendapat tempat ke-49 dalam dunia (World Rugby Ranking 2021). Ini boleh dijadikan contoh bagi skuad kebangsaan mengkaji semula perancangan dan taktikal di dalam perlawanan yang akan datang.


Sebagai pemain naturalisasi itu sendiri, menjadi pemain naturalisasi perlulah tidak dianggap sebagai tiket untuk menjadi warganegara namun perlulah menunjukkan sikap yang cinta akan negara. Perubahan perlu dibuat pada aksi perlawanan yang akan datang bagi mengembalikan kepercayaan peminat bola sepak tanah air kepada mereka semula. Jika diberi kepercayaan membawa nama negara, pemain haruslah membuktikan yang mereka memang layak untuk mewakili negara dalam apa jua pertandingan.


105 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page