top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pembeli PS5 Berang Akibat Rugi Hampir RM1.5 juta

Penulis: Amirah Shahirah Sukemi

Penyunting: Aina Syahirah Haidil

Sumber: Twitter


KUALA LUMPUR, 12 Nov - Baru-baru ini komuniti permainan video Playstation 5 (PS5) di laman Facebook digemparkan apabila kedai atas talian yang bernama Gila Gaming 666 kini menjadi scammer apabila dianggarkan seramai 200 orang mangsa didakwa telah ditipu dengan kerugian sebanyak RM1.5 juta.


Gila Gaming yang mempunyai seramai 14,700 pengikut di laman media sosial Instagram telah memulakan operasi perniagaanya pada 20 November 2020 iaitu pada bulan yang sama permainan video PS5 dilancarkan.


Bertindak mengumumkan penutupan operasi kedai selama 10 hari, Gila Gaming telah menutup akaun perniagaan di Facebook serta-merta telah menguatkan lagi syak wasangka para pembeli akan modus operasi mereka yang dikatakan menipu.


Isu ini turut menjadi perbualan di laman media sosial Twitter apabila Gila Gaming yang menjual alat permainan konsol PS5 telah menggunakan modus operandi seperti Iphone pra-tempah yang pernah popular di Instagram beberapa tahun dahulu.


Mereka juga mula mendapatkan kepercayaan pelanggan dengan menggunakan instafamous seperti Chazy Nash dan pemain badminton negara Lee Zii Jia yang turut membeli dan mempromosikan kedai mereka.


“Customer batch yang awal akan mendapat order mereka untuk mendapatkan trust customer. Selepas makin ramai membeli dan order, barulah tiba-tiba kata ada masalah supplier, ditipu supplier dan sebagainya lalu terus menghilang” hasil ciapan daripada pengguna Twitter @NizamArif_


“Yang ni kes lain punya scam sebab dia ni memang trusted seller dah banyak deal lagi siap LZJ pun beli kat dia, then bila dah dapat trusted baru dia scam tu”- Twitter @mhmdamirul96


Beberapa perkongsian maklumat yang diperoleh melalui kumpulan komuniti PS5 telah mendedahkan identiti suspek yang dikenali sebagai Bryan Tai Per atau digelar sebagai shin chan oleh pengguna Twitter. Warganet mendapati bahawa suspek menggunakan alamat palsu untuk menggelakkan dirinya dari dikesan oleh orang ramai dan suspek juga menggunakan akaun ibu dan adiknya untuk urusan jualan dan pembelian.


Daripada reaksi pengguna Twitter, mereka juga tidak menyangka bahawa kedai Gila Gaming yang selama ini dipercayai bertukar menjadi scammer kerana ramai pembeli yang pernah membeli di kedainya tidak pernah timbul sebarang masalah.


“Saya dapatkan PS5 dari Gila Gaming. Selama ni trusted tiba-tiba hari ni ada kes”- Twitter @AliffMustafa180


“Orang beli sebab Gila Gaming ni trusted tapi tulah dah main juta gelap mata la”- Twitter @FaisalAnuar777


“Gila Gaming ni famous kot. Boleh kata trusted jugak lah. Tapi main barang mahal better beli dekat-dekat la bahaya ribu-ribu main habis gaji sebulan dua''- Twitter @aimanpahan


Walaubagaimanapun, sebahagian mangsa berharap bahawa duit mereka dapat dikembalikan semula meskipun perkara itu agak sukar.


Semoga daripada kes yang berlaku ini, dapat memberi iktibar kepada orang ramai supaya untuk lebih berwaspada sebelum membeli dan tidak mudah mempercayai pembelian atas talian.

81 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page