top of page
  • Writer's pictureKogileswary

Pembukaan Gerai Snack Zillas sebagai Persiapan Kajai Kondattam

Penulis : Kogileswari A/P Vellisamy

Penyunting : Muhammad Danial Haziq Bin Roslee

Sumber: Snack Zilla


BANGI, 1 Jun – Ahli kelab F.com Indian Society (FINS), memulakan inisiatif mengumpul dana dengan membuka gerai makanan di Kafeteria Pak Harun untuk menjalankan program ‘Kajai Kondattam’ yang akan berlangsung pada 11 hingga 12 Jun.


FINS merupakan Kelab Mahasiswa India. Kolej Rahim Kajai yang sering mengadakan pelbagai program dan kali ini mereka akan menganjurkan ‘Kajai Kondattam’ di peringkat universiti.


“‘Kajai Kondattam’ dianjurkan oleh kelab FINS bagi menggalakkan para pelajar UKM berbangsa lain untuk menambah ilmu pengetahuan tentang budaya India dan kami juga berhasrat untuk memartabatkan budaya kami dalam kalangan orang ramai melalui program ini,” kata Ketua Pengarah Projek, Mineshwara A/L Ramaispran.


Menurut EXCO Pemasaran, Luban Raj, “Gerai ini dinamakan Snack Zillas dan waktu operasinya adalah dari pukul 5.30PM hinggalah 10PM. Kami menjual murtabak maggi dan pelbagai jenis minuman seperti Latte, Cappuccino, Mocha Peppermint, White Coffee, Matcha, Chocolate dan lain-lain,


Semua ahli jawatankuasa program ini terlibat dalam penjualan makanan dan minuman. Snack Zillas mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pelajar terutamanya dalam kalangan pelajar berlainan bangsa.”


Aktiviti-aktiviti yang menarik sempena acara ini iaitu ‘Ponggal Thiruvizha’, ‘Food Booth’ dan ‘Kajai De Rangeela’ turut dianjurkan. Terdapat juga beberapa pertandingan yang akan dijalankan dalam acara ‘Ponggal Thiruvizha’ seperti pertandingan Uri Adithal (Memecah Periuk Belanga) dan pertandingan Kolam.


‘Kajai De Rangeela’ iaitu pesta holi dimana para peserta menyemburkan warna sesama rakan dan ‘Food Booth’ pula menghidangkan makanan kaum India kepada semua.


"Kami mengalu-alukan para pelajar UKM sama ada penghuni Kolej Rahim Kajai mahupun penghuni kolej lain untuk membeli makanan dan minuman dari Snack Zillas yang akan membantu kami untuk mengumpul dana bagi menjayakan program ini,


"Semua warga UKM dijemput untuk menyertai ‘Kajai Kondattam’ bagi menikmati kenangan manis bersama kami. Jangan lupa mengikuti laman Instagram kami @fins.krk untuk maklumat terkini”, ujar lagi Ketua Pengarah Projek, Mineshwara A/L Ramaispran.


25 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page