top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Peminat Bimbang G-Dragon Sakit Mental?

Penulis: Choong Wei Hang

Penyunting: Gwee Hui Ching


Sumber foto: chron.com



KUALA LUMPUR, 27 Okt - Isu dakwaan penyalahgunaan dadah artis popular iaitu G-Dragon telah menimbulkan reaksi kebimbangan dalam kalangan peminat Malaysia terhadap mental idola kini yang semakin tidak stabil.


Kwon Ji Young, dikenali sebagai G-Dragon merupakan seorang penyanyi atau penulis lagu dan dia telah memenangi pelbagai anugerah muzik antaranya ialah Anugerah Muzik Asia Mnet. Dia adalah artis solo pertama yang menerima Anugerah Artis Tahunan Muzik Asia Mnet pada tahun 2013. Selain kejayaan aktiviti solonya, dia juga berperanan sebagai ketua kumpulan lelaki Korea, Big Bang yang merupakan kumpulan K-Pop yang paling terkenal pada tahun 2009.


Kini, dia telah dipanggil sebagai salah seorang suspek yang berkaitan dalam satu kes penyalahgunaan dadah pada masa kebelakangan ini. Namun, polis Incheon masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi untuk membuktikan G-Dragon terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah ini.


Nadi Bangi sempat menemubual beberapa peminat idola terhadap isu tersebut. Menurut seorang peminat yang bernama Raja Nur Aisyah Amalin Binti Rj Mohd Hashim, 22, memberikan penjelasan yang ketara setelah mendengar berita penyalahgunaan dadah idola K-Pop ini.


“Saya rasa K-Pop pada zaman sekarang banyak terlibat kes seperti itu adalah kerana tekanan yang kuat daripada pihak peminat dan pihak agensi yg diduduki oleh artis K-Pop itu sendiri.


“Peminat sangat agresif dalam meminati sesebuah kumpulan kpop sehingga ada yang sanggup memberi komen negatif yg boleh menyebabkan mental artis K-Pop terjejas,” katanya.


Pernyataan yang diberikan oleh Raja Amalin selari dengan seorang lagi peminat K-Pop yang bernama Ainin Sufiya Binti Sulaiman juga menyatakan bahawa tekanan di industri K-Pop pada zaman kini telah menyebabkan semakin banyak perkara buruk terjadi akhir-akhir ini.


Selain berita artis G-Dragon ini, terdapat beberapa berita ditularkan di Internet yang berkaitan idola K-Pop lain menghadapi penyakit hiatus dan depresi serta yang paling teruk adalah kes membunuh diri. Hal ini telah membuatkan peminat-peminat mengalami keresahan dan kesedihan terhadap kesihatan mental idola-idola yang terlibat.


Menurut peminat K-Pop iaitu Thrisha Sundarasan, 21, juga berkata bahawa idola-idola Kpop perlu sentiasa menanggung kesukaran dan kesulitan di luar jangkaan orang awam.


“Saya merasakan kebanyakannya adalah disebabkan oleh tekanan, bukan sahaja dari syarikat tetapi juga dari orang ramai. Mereka sentiasa dibenci walaupun ianya isu yang timbul adalah kecil dan tidak penting. Hal ini kerana orang ramai menaruhkan harapan yang tinggi ke atas mereka.”


Seterusnya, pasaran K-Pop sebenarnya telah melakukan perubahan yang besar dari masa dahulu hingga ke zaman sekarang. Tetapi pada masa yang sama juga menghadapi pelbagai tekanan seperti permintaan peminat yang tinggi, komen negatif untuk menghilangkan ketidakpuasan terhadap idola lain dan sebagainya.


Sali Amalin Sofiya Binti Razali, 20, yang terlibat dalam mobiliti pelajar di negara Korea menyatakan tekanan stress adalah faktor yang paling utama kepada artis Kpop supaya dapat hidup dalam bidang K-Pop masa sekarang.


“Mereka berada dalam tekanan kerana peminat dan syarikat memberikan harapan yang tinggi untuk berjaya. Kes siber buli yang melampau juga merupakan salah satu sebab berlakunya perkara negatif seperti kes membunuh diri.


“Kebanyakan selebriti K-Pop mengalami depresi kerana sering dibuli oleh netizen dengan kata-kata kecaman melampau sehingga apapun yang mereka lakukan tetap akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati netizen. Hal ini secara langsung akan terjadinya situasi seperti ini berlaku.” ulasnya.

Suara hati semua peminat adalah serupa iaitu berharap agar idola K-Pop kesayangannya boleh hidup dengan bahagia dan jangan terlalu paksa diri jika menghadapi apa-apa jua tekanan atau masalah mental selain memberikan kegembiraan kepada peminat.


47 views2 comments

2 comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
Convidado:
13 de nov. de 2023

Good !!!!

Curtir

Convidado:
10 de nov. de 2023
Avaliado com 5 de 5 estrelas.

hebat !!!

Curtir
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page