top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kemahiran Fotografi Bantu Kebolehpasaran Diri Graduan

Oleh: Abdullah Zaid

Penyunting: Farhan Siddiq


(Sumber: Facebook)


BANGI, 22 Mei- Graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu meningkatkan kemahiran lain sebagai seperti bidang fotografi sebagai pakej kepada kebolehpasaran diri mereka dalam mencari dan mewujudkan ruang pekerjaan terutama pada pandemik yang tidak menyediakan ruang industri yang sihat kepada lepasan universiti.


Intipati ini berdasarkan kepada satu Webinar Bicara Mas 8.0: Kerjaya Melalui Lensa yang dihadiri dua tetamu yang mempunyai kerjaya sampingan dalam bidang fotografi membantu mereka dalam mengisi kekangan pandemik.


Arif Budiman Bin Muhammad Hakim 22 tahun yang merupakan pemilik studio Rude Grapher dan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia mengatakan bahawa walaupun kekangan pandemik menyebabkan ramai orang kehilangan kerja namun ia tidak menghalang kerjaya sampingan sebagai sumber pendapatan.


“Walaupun sekatan PKP dan SOP yang ketat melumpuhkan sektor lain namun ia tidak menghalang saya untuk menjalankan kerjaya lensa saya untuk mencari sumber pendapatan. Tipulah kalau saya tak terjejas macam aktiviti outdoor untuk pakej perkahwinan tidak boleh dibuat. Tetapi saya masih lagi boleh menjalankan sesi indoor dalam studio, jadi sumber income masih ada cuma tidak sebanyak dahulu”, ujar Arif Budiman.


Arif Budiman juga menambah bahawa kekangan pandemik juga membuka ruang kemahiran yang lain seperti design baju.


“Lepas saya tidak membuat sesi outdoor, saya memilih untuk menjual produk jenama studio saya melalui penjualan dan design baju. Alhamdulillah setakat ini sambutan penjualan baju saya mendapat sambutan”.


Selain itu Shaffuan Mustafa Bin Muhammad 21, juga turut mengatakan kekangan pandemik ini tidak menghalangnya untuk terus mempromosikan kemahiran lensanya melalui platform media sosial.


“Walaupun aktiviti outdoor tidak boleh dibuat tapi saya masih boleh menggunakan media sosial untuk terus mempromosikan hasil tangan saya dalam mencari klien. Hasilnya saya berjaya mendapat kontrak daripada syarikat besar seperti Petron untuk sesi foto tahunan syarikat tersebut”, kata Shaffuan.


Arif Budiman juga berharap agar masalah pandemik dapat diselesaikan supaya ruang pekerjaan dapat diwujudkan semula.


“Memang tak dapat nafi bidang lensa juga turut terjejas tapi kami masih lagi mampu untuk meneruskan kerjaya sampingan kami. Saya harap masalah Covid-19 dapat diselesaikan segera supaya peluang pekerjaan terutama kepada IPTA dan IPTS dapat diwujudkan semula. Ujar Arif.



26 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page