top of page
  • Writer's pictureIzzaty Syazwani

Peminat Bundle Serbu Festival Bangi Vintage

Penulis : Nurul Izzaty Syazwani

Penyunting : Mineshwara A/L Ramaispran

Suasana pada hari pertama di Festival Bangi Vintage


BANGI, 26 JUN - Festival Bangi Vintage kali ke-8 kembali meriah terutama dengan kehadiran peminat-peminat bundle yang sememangnya menantikan festival ini diadakan selepas 2 tahun pandemik Covid-19.


Festival yang dianjurkan oleh Bangi Festival Bundle & Vintage dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) ini diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula 24 Jun sehingga 26 Jun dan bertempat di pekarangan parkir Mcdonald (MCD) PKNS, Bangi kali ini menggabungkan 3 acara secara serentak supaya pengunjung dapat merasai kemeriahannya. Antaranya adalah Festival Nasi Lemak Kopi ‘O’ Bangi dan Autoshow Santai Retro Vintage.


Menurut urusetia Festival Bangi Vintage, Shahir Afham Asri berkata Festival Bundle & Vintage ini sudah masuk kali ke-8 diadakan di Bangi dan disertai oleh pengusaha-pengusaha barangan vintage dan bundle yang bukan sahaja dari Malaysia malah turut disertai oleh peserta dari negara luar.


“Festival kali ini kami menjalankan tiga acara secara serentak supaya kelihatan lebih meriah sebagai kemunculan semula selepas musim pandemik selain ingin menarik penggemar bundle dan vintage datang ke festival,” katanya.

“Malah sambutan kali ini amat menggalakkan dengan adanya pertunjukan pertandingan Autoshow Retro Vintage Bangi yang memapakarkan pelbagai jenis motor lagenda dan Festival Nasi Lemak Kopi ‘O’ yang terdiri daripada 16 vendor nasi lemak yang pelbagai perisa dan rasa,” jelasnya.


“Saya dah kali kedua datang ke Festival Bundle Bangi namun sambutan festival bundle kali ini sangat meriah malah dari sebelumnya dan bermula hari pertama festival, pengunjung dah mula ramai datang. Saya rasa berbaloi pergi sini,” kata Idris Adib Abd Muti, pengunjung.


Suasana di Festival Bundle & Vintage Bangi


Bagi Nurhanni Fasihah yang merupakan pelajar UKM berkata Festival Bundle yang dianjurkan sangat menarik kerana kebanyakkan peniaga menjual bundle pada harga yang murah dan berpatutan buat terutama kepada pelajar.


“Saya seronok datang sini dan baru tahu ada festival bundle dan vintage seperti ini di Bangi. Bagi saya harga bundle yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan terutama buat pelajar,” katanya.


Syafiqa Mohd, 28, seorang guru di Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Festival Bundle & Vintage yang julung kali diadakan malah mendapat banyak pesanan tempahan untuk membeli baju bundle daripada rakan sekerja.


“Saya dah banyak kali datang ke festival bundle tapi festival di sini lebih menarik sebab banyak acara sampingan seperti Festival Nasi Lemak Kopi ‘O’ dan ada pertunjukkan motor lagenda pada saya menarik dan tidak membosankan pengunjung,” jelas Zahrin Ahmad sebagai seorang peniaga.


Festival Bundle & Vintage telah dimeriahkan dengan kumpulan Sentuhan Buskers yang membuat persembahan di malam hari pembukaan pada 24 Jun 2022.






49 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page