top of page
  • Writer's pictureNurnabila Huda Subandry

Peminat Seventeen sanggup ke Jepun gara - gara tiada konsert di Malaysia

Updated: Nov 25, 2022

Penulis: Nurnabila Huda Subandry

Penyunting: Kiranraj Perupathy

Sumber Gambar: Twitter @CHANceMINt_


KUALA LUMPUR, 20 Nov - Kesungguhan peminat kumpulan penyanyi Korea Selatan, Seventeen dapat dilihat apabila segelintir daripada mereka sanggup ke Jepun kerana tiada konsert diadakan di Malaysia.


Seventeen yang telah memulakan konsert jelajah dunia mereka pada Jun 2022 bakal menutup tirainya pada Disember 2022 dengan konsert di 3 buah negara iaitu Jepun, Filipina dan Indonesia.



Sumber: Weverse


Konsert yang diadakan di Jepun bermula 19 November 2022 dan berakhir pada 4 Disember 2022 meliputi 3 buah negeri iaitu Osaka, Tokyo dan Aichi. Konsert jelajah dom Jepun Seventeen ini telah mencatat jumlah lebih daripada 270,000 penonton.


Dikala kemeriahan disambut peminat Seventeen di Jepun, seorang peminat dari Malaysia meluahkan rasa kecewa mereka kerana tidak berpeluang menghadiri konsert Seventeen di negara sendiri.


Nur Farah Adina, 25, merasakan peluangnya untuk melihat Seventeen mengadakan konsert di Malaysia semakin tipis kerana tiada langsung khabar angin bahawa penganjur konsert tanah air bakal membawa berita baik kepada peminat.


"Saya berasa sedikit kesal kerana tiada tarikh untuk konsert di Malaysia dan Seventeen hanya pergi ke negara-negara jiran sahaja. Bukan semua peminat mampu ke luar negara hanya untuk menonton konsert," luahnya.


Disebalik kekecewaan peminat yang tidak dapat menonton konsert Seventeen, ada juga peminat dari Malaysia yang sanggup ke Jepun demi bertemu penyanyi kegemaran mereka.


Najwa Shafieka, 23, yang bakal menonton konsert Seventeen di Tokyo pada 27 November 2022 meluahkan rasa terujanya kerana walaupun persiapan untuk berangkat ke Jepun sedikit singkat, tetapi dia tidak menyesal atas keputusan terbang ke negara lain untuk menonton konsert.


"Saya merasakan ini adalah salah satu pencapaian yang dapat saya banggakan. Menonton konsert Seventeen di jelajah dom Tokyo merupakan salah satu impian saya dan saya percaya, peminat lain juga mempunyai impian yang sama,” kongsinya.


Bagi Chang Xin Dong, 20, pengalaman menonton konsert di Jepun sedikit menghampakan kerana peraturannya ketat dimana peminat tidak boleh menyanyi terlalu kuat dan sebarang aktiviti mengambil gambar tidak dibenarkan.


"Akan tetapi, persembahan yang dibawa oleh Seventeen sangat menarik dan saya berpuas hati dengan penggunaan pakaian yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan," tambahnya.


Konsert jelajah dunia Seventeen berjudul Be The Sun - Japan merupakan jelajah dom Jepun pertama Seventeen selepas jelajah dom sebelum ini dibatalkan akibat wabak Covid-19.


Jelajah Seventeen di Asia bakal melabuhkan tirai pada akhir tahun ini dan tiada tanda-tanda tarikh tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.



113 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page