top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pencemaran Air di Universiti Kebangsaan Malaysia

Oleh : Haziq Fikri

Penyunting : Kumutha Veloo



Sumber : Google

BANGI, 27 September - Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadu bahawa sumber air di UKM mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.


Hal ini berikutan isu pencemaran bau di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih baru-baru ini mengakibatkan air di kawasan Selangor juga turut terjejas. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa sebanyak 204 kawasan terjejas, termasuk UKM sendiri.


Menurut Muhammad Shahrol Haikal Mohd Sadli, 21 tahun, menyatakan bahawa dia mengalami iritasi selepas menggunakan air tersebut untuk kegunaan harian.


“Saya mengalami kegatalan kulit selepas menggunakan air tercemar tersebut dan terpaksa berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.”- kata Haikal.


Manakala menurut Muhammad Hafiz Hadi Mohd Nawar, 21 tahun, juga menyatakan bahawa dia mengalami cirit birit selepas meminum air daripada sumber tercemar tersebut.


Memetik dari berita Astro Awani menyatakan Unit Pasukan Pemantau Sungai Air Selangor (PASKAL) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengesan pencemaran yang berpunca dari Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Bukit Mahkota dan pihak yang berkenaan diminta untuk mengambil tindakan segera menghentikan pencemaran tersebut.


Dalam pada itu, Fahmi Ahmad, 24 tahun , merupakan ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Keris Mas (KKM) mewakili pihak pengurusan kolej kediaman terutamanya KKM telah mengeluarkan notis kepada semua penghuni kolej supaya berjaga-jaga dalam menggunakan sumber air di kolej agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


Isu ini akan dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab dan diambil tindakan secepatnya agar tidak berlarutan dan tiada isu lain yang timbul.

82 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page