Danial Haziq
Penduduk Kolej KIY Mengalami Gangguan Bekalan Air
Penulis: Danial Haziq
Penyunting: Kogileswary Vellisamy

Sumber: Harian Metro
BANGI - Penduduk Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) mengharungi kesukaran kerana mengalami gangguan bekalan air.
Menurut Divenesh, 21, penghuni KIY mengalami gangguan bekalan air itu disedari sejak awal pagi semalam dan hingga kini beliau masih belum mendapat bantuan bekalan air dari mana-mana pihak.
“Masalah gangguan bekalan air kerap berlaku di KIY ini tidak kembali berulang hingga menjejaskan rutin harian para penghuniya.
"Harap sangatlah bekalan air ni pulih cepat dan tidak berlarutan dalam tempoh yang lama kerana air tangki pun dah habis digunakan semalam.
"Masalah ini amat menghantui penduduk dan berharap ada jalan penyelesaian terbaik," katanya lagi.
Seorang lagi penduduk KIY Azhar, 24, berkata beliau pihak yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan masalah itu segera bagi memastikan penduduk tidak dibebani masalah sama yang berlarutan sejak sekian lama.
"Saya risau sebab tidak sampai 24 jam terima bekalan air, tiba-tiba bekalan terputus hingga merisaukan saya yang sudah bersedia untuk mandi.
“Penghuni KIY berdepan kesukaran untuk menggunakan tandas kerana tiada bekalan air sehinggalah kita terpaksa pergi ke kedai makanan yang berdekatan. Ada juga menggunakan tandas di foyer untuk bermandi walaupun rasa malu tetapi ini adalah nasib kami.
"Kerja-kerja pembaikan harap disiapkan sepenuhnya dan bekalan air perlu disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada setiap blok,” katanya.