top of page
  • Writer's pictureYasmin Alyaa Fathinah

Penekanan Penjagaan Kulit Dikalangan Remaja Melalui Program Skincare Hacks: Healthy and Glowing Skin

Penulis: Yasmin Alyaa Fathinah Jafpar

Penyunting: Zurain Syahira Jupri



BANGI, 22 MEI - Penjagaan kulit merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan seharian tidak kira golongan lelaki mahupun wanita kerana ia mempengaruhi penampilan dan keyakinan seseorang.


Menurut Pakar Kecantikan Wardah, Azwa Ezzatie, pihak Wardah memilih untuk berkolaborasi bersama Kolej Rahim Kajai kerana mereka mahu memupuk kesedaran daripada segi penjagaan kulit terutama dikalangan remaja.


“Di dalam program Wardah, kami mahu menerapkan kesedaran kepada pelajar agar mereka dapat mengenal pasti serta mengenali jenis kulit mereka. Pada masa yang sama, kami juga mahukan pelajar lebih bijak memilih produk penjagaan kulit,” katanya.


Pakar Kecantikan Kulit, Ziera Rostam juga menyatakan seseorang itu perlu mengetahui jenis kulit sebelum mengamalkan penggunaan 3 asas penjagaan kulit.


“Bila kita bercerita mengenai asas penjagaan kulit, wajib untuk kita kenal pasti jenis kulit. Bila kita sudah mengenal pasti jenis kulit, kita tidak akan rosakkan kulit disebabkan tersalah pilih produk,” ujarnya.


Wardah juga mengadakan sesi demonstrasi penggunaan produk penjagaan kulit yang disampaikan oleh Pakar kecantikan Kulit, Ziera Rostam untuk menunjukkan langkah yang betul.


Norfara Faziera Binti Moh Razali, 24, salah seorang peserta program ini menyatakan sesi demonstrasi penjagaan kulit yang disampaikan oleh pakar penjagaan kulit, Ziera Rostam memberikan pelbagai manfaat.


“Sebagai peserta yang hadir program Wardah, demonstrasi penjagaan kulit itu membuat kami lebih teliti dengan memahami langkah penjagaan muka dengan betul dan bagaimana cara untuk mengaplikasikannya,” ujarnya.


Bagi Nur Farzana Binti Nafiz, 23, juga salah seorang peserta, menyatakan program ini seharusnya kerap diadakan dikalangan pelajar kerana tidak semua pelajar mempunyai peluang untuk mempelajari cara sebenar penjagaan kulit.


“Program seperti ini perlu lebih diperbanyakkan dikalangan pelajar kerana tidak semua orang terdedah dengan ilmu penjagaan kulit seperti ini. Mungkin boleh mendapatkan informasi sebegini melalui internet, tetapi pembaca boleh keliru dengan informasi yang banyak dan berlainan.


“Apabila informasi terlalu mengelirukan, seseorang akan terus mencuba suatu produk itu tanpa memikir kesannya seperti boleh mengakibatkan keadaan kulit muka semakin parah. Oleh itu, pentingnya untuk adakan program seperti ini bersama pakar,” katanya


Program Skincare Hacks: Healthy and Glowing Skin merupakan anjuran Biro Pembangunan Siswi Kolej Rahim Kajai yang berkolaborasi bersama jenama kecantikan yang berasal dari Indonesia, Wardah yang turut dihadiri oleh pakar penjagaan kulit, Ziera Rostam.


Menurut Eksekutif Pemantau Program Skincare Hacks: Healthy and Glowing Skin, Nuraisya Farhana, 21 tahun, tujuan program ini diadakan adalah sebahagian daripada pendedahan tentang kepentingan penjagaan kulit.


“Tujuan Program Skincare Hacks: Healthy and Glowing Skin ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penjagaan kulit wajah tidak kira lelaki dan perempuan. Kami menganjurkan program seperti ini untuk menekankan kepada wajah kepentingan menjaga kulit wajah walaupun masih bergelar pelajar,” katanya.


Seramai 40 orang pelajar UKM daripada kolej kediaman yang berbeza, terlibat di dalam program ini. Antaranya adalah Kolej Rahim Kajai, Kolej Burhanuddin Helmi, dan Kolej Dato Onn.











30 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page