• Nadi Bangi

Pengambilan Suplemen Cara Cantik Dan Sihat Masyarakat Moden

Penulis: Aidanadhira Hasbi

Penyunting: Sheirly Lee

Sumber: Google


Kini masyarakat moden terdidik untuk mendapatkan sumber makanan berkhasiat bagi kekal sihat, tinggi daya tahan penyakit dan sekaligus memiliki wajah yang cantik. Memiliki muka yang putih dan bentuk badan yang ideal merupakan ukuran kecantikan bagi setiap wanita. Oleh itu, kebanyakan wanita akan menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan muka dan badan yang di impikan. Nutrien yang seimbang itu adalah sangat penting untuk seseorang untuk membina otot, membaiki tisu, mengelak daripada terkena jangkitan virus atau bakteria serta mengawal berat badan yang stabil. Antara sumber nutrien utama adalah protein, vitamin dan mineral yang perlu anda ambil daripada variasi makanan, minuman ataupun makanan tambahan jika perlu.


Tetapi masyarakat kini lebih suka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan zat makanan yang mencukupi dengan mengambil suplemen atau makanan kesihatan tambahan. Suplemen adalah produk yang bertujuan untuk menambah diet yang diambil seperti dalam bentuk seperti pil, kapsul, tablet, cecair atau serbuk. Suplemen pula wujud dalam pelbagai jenis dan fungsi termasuk untuk menambahkan berat badan, menurunkan berat badan dan lain-lainnya. Disebabkan itu, kesan pengambilan suplemen perlu diselidiki bagi mendapatkan informasi yang tepat dan nasihat daripada doktor sebelum mengambil suplemen sebagai vitamin tambahan.

Di Malaysia, setiap suplemen yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak itu perlu mendapatkan pengesahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Food and Drug Administration (FDA) sebelum boleh dijual. Namun kewujudan sosial media, produk-produk kesihatan yang tidak mendapatkan perakuan daripada KKM telah disebarkan secara meluas di pelbagai platform media dengan memperdayakan pengguna melalui pengiklanan. Hal ini kerana suplemen sebegini mungkin mengandungi bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna ekoran tiada kepastian dan pengesahan bahawa produk tersebut benar-benar boleh selamat dan halal.


Kadar Dos Vitamin

Berdasarkan kajian keperluan vitamin yang perlu diambil adalah berbeza bergantung kepada jantina dan umur serta perlu mengambil kira masalah kesihatan seseorang, serta keadaan individu tersebut sama ada sedang hamil atau menyusukan anak. Contohnya, individu yang mengalami masalah tulang, keperluan pengambilan vitamin D adalah lebih tinggi berbanding dos yang disarankan bagi membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang serta menguatkan tulang. Wanita yang hamil pula memerlukan dos asid folik yang lebih tinggi bagi mengelakkan kecacatan pada tulang belakang dan sistem saraf pada bayi dalam kandungan. Jadual berikut menerangkan dos yang disarankan serta dos maksima yang dibenarkan dalam sehari bagi orang dewasa secara amnya mengikut jenis vitamin:

Berdasarkan maklumat daripada KKM kebanyakan masyarakat kini mengalami penyakit kegagalan buah pinggang adalah disebabkan pengambilan suplemen yang berlebihan dan cara penggunaannya yang salah. Hal ini mendatangkan kesan buruk jika masyarakat tidak mengambil perhatian terhadap isu ini. Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 30 peratus atau 31,800 daripada jangkaan 106,000 pesakit yang menjalani rawatan dialisis buah pinggang terdiri golongan muda menjelang tahun 2040. Beberapa bahan yang ada di dalam sesuatu produk secara umumnya sukar diproses oleh buah pinggang sehingga organ ini terpaksa bekerja lebih untuk memprosesnya. Kandungan yang tidak boleh diproses itu sebenarnya adalah racun kepada tubuh. Antaranya potassium, Fostor, Suplemen Diuretik yang direkodkan akan membahayakan buah pinggang kita jika diambil.

Oleh sebab itu, kebanyakan produk yang “overclaimed” yang menyatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan hanya mengamalkan satu produk sahaja tidak benar dan menjadi satu kesalahan. Tetapi dengan pengiklanan yang tidak ditapis membuatkan hampir semua orang mempercayai dan membeli produk tersebut. Contohnya produk yang boleh memutihkan dan menyatakan produknya mempunyai hampir 1000 mg vitamin C. Produk sebegini membuatkan masyarakat mempunyai stigma bahawa penggunaan vitamin C yang tinggi boleh membuatkan seseorang itu menjadi putih dalam jangka masa yang singkat. Walhal kadar vitamin yang berlebihan yang masuk ke dalam badan akan dikeluarkan semula melalui urin dan peluh. Jadi tiada jalan singkat atau mudah bagi seseorang untuk cantik dan sihat dalam satu masa yang singkat.

Kos Tanggungan

Masyarakat mengetahui bahawa rata-rata suplemen yang dijual di farmasi atau di kedai-kedai terpilih adalah amat tinggi harganya. Hal ini kerana kualiti produk tersebut telah dijamin dan mendapat kelulusan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu juga, jumlah kandungan vitamin dalam sesuatu produk itu telah diuji secara klinikal dan diyakini selamat digunakan. Tambahan pula, lambakan produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tempatan. Berdasarkan purata harga yang dipasarkan oleh syarikat tersebut mereka lebih mengutamakan harga penjualan suplemen yang sangat rendah berbanding produk terkenal yang lain. Disebabkan isu tersebut banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk mengurangkan harga suplemen sehingga mengabaikan kualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jelasnya masyarakat kini lebih memilih untuk menggunakan dan membeli suplemen yang lebih murah tanpa memastikan kandungan atau produk tersebut selamat digunakan. Masyarakat sepatutnya mempelajari atau mengambil saranan doktor sebelum menggunakan mana-mana produk terutama dalam produk kesihatan. Berlebihan dalam pengambilan suplemen akan menyebabkan kesan negatif yang lain. Pengetahuan terhadap kesihatan dan kecantikan adalah penting supaya masalah lain tidak timbul selepas menggunakan. Diet yang seimbang dan cara senaman yang betul juga merupakan cara yang sangat terbaik dalam mendapatkan badan yang ideal dan kulit yang sihat.

31 views0 comments

Related Posts

See All