top of page
  • Writer's pictureKiranraj Perupathy

Penganjuran Fiesta Mikrob Tingkat Kemahiran Insaniah Pelajar FST

Penulis: Kiranraj Perupathy

Penyunting: Nurnabila Huda Subandry

Sumber Foto: Yashawini Phriya


BANGI, 28 Jan - Pendedahan tentang kepentingan mikroorganisma dalam kehidupan seharian telah diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, pelajar sekolah tadika, pelajar sekolah rendah, dan pelajar sekolah menengah melalui program Fiesta Mikrob yang santai tetapi berimpak.

Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di mana turut disertai oleh peserta cilik berasal dari Korea dan China.

Terdapat 6 gerai pameran yang mendidik peserta dengan pelbagai informasi yang berkaitan hubungan mikroorganisma dengan kehidupan harian.

Antaranya adalah gerai mikrob dan dunia, gerai ini mempamerkan berkaitan hubungan mikrob dengan alam sekeliling dan kegunaan mikrob dalam industri seperti penghasilan antibiotik, industri pembuatan pakaian dan sebagainya.

Menurut Ketua Projek, Andril Anak Peter, 23, Fakuti Sains Dan Teknologi, mereka dapat belajar berinteraksi dengan kanak-kanak dan berharap program ini dapat memupuk minat masyarakat terhadap mikroorganisma.

“Kami belajar untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dengan lebih efisyen kerana berkomunikasi dengan kanak-kanak amat sukar berbanding berkomunikasi dengan orang dewasa.

“Harapan saya adalah supaya program ini boleh memupuk minat masyarakat terhadap mikroorganisma dan fasilitator dapat mengasahkan keupayaan diri kemahiran insaniah mereka,” katanya.

Menurut Penasihat Kelab Mikrobiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Norefrina Shafinaz Binti Md Nor, dengan berlangsungnya program ini, beberapa prakarsa Universiti dapat dipenuhi seperti prakarsa advokasi dan prakarsa nilai murni.

“Prakarsa advokasi dapat dipenuhi kerana penganjuran Fiesta Mikrob dapat menggalak pementoran UKM sebagai universiti tersohor dalam meningkatkan perkongsian keilmuan dan keterserlahan dalam bidang kaji kuman dan menyerlahkan kepakaran UKM di dalam komuniti dan peringkat kebangsaan.

“Prakarsa nilai murni pula dapat dipenuhi kerana dapat memperkasa akhlak dan nilai murni warga UKM dalam melaksanakan tugas dengan amanah, jujur, integriti, efektif, efisyen, tangkas dan cekap,” katanya.

Beliau juga mengatakan bahawa program ini dapat melatih pelajar meningkatkan kemahiran insaniah dengan menjadi lebih berani.

“Melatih pelajar meningkatkan kemahiran insaniah mereka dengan menjadi lebih berani, lebih kreatif untuk menerangkan dan memberikan interpretasi berkaitan apa yang dipelajari dengan cara yang lebih mudah difahami, Pelajar juga belajar untuk mengorganisasi program dan mendapat pendedahan kepada bidang keusahawanan.”

Menurut AJK Multimedia, Yashawini Phriya a/p Rauichandran, 23, FST, mengatakan bahawa beliau dapat meningkatkan kemahirannya dengan program ini dan mereka juga dapat menambah ilmu mereka terhadap mikroorganisma sepanjang program ini.

“Saya dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran saya termasuklah kemahiran berkomunikasi dan juga dalam menghasilkan poster serta "caption" yang berkualiti.”

“Saya juga dapat meningkatkan pemahaman saya terhadap mikroorganisma semasa mengajar maklumat-maklumat kepada peserta kanak-kanak yang terlibat dalam program itu,” katanya.


Alumni Mikrobiologi dengan usahasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini juga telah berbesar hati menaja pelajar-pelajar kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar orang asli dari Tasik Chini.

Kelab Mikrobiologi mengadakan program Fiesta Mikrob ini di UKM setiap tahun dan berharap program ini dapat mencapai objektifnya iaitu dapat mendedahkan para pelajar tentang kebaikan dan keburukan mikroorganisma dalam kehidupan seharian.

198 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page