top of page
  • Writer's pictureIzzaty Syazwani

Pengguna Pilih Pengangkutan Awam Elak Kesesakan Lalu Lintas

Penulis : Nurul Izzaty Syazwani Hazizi

Penyunting : Mineshwara

Sumber: Google


KUALA LUMPUR, 14 MEI - Majoriti orang ramai lebih selesa pulang beraya dengan menggunakan pengangkutan awam daripada menghadap kesesakan lalu lintas terutama di lebuhraya menghala ke utara dan pantai timur.


Inisiatif yang diambil dapat mengurangkan penggunaan kereta di jalan raya serta perjalanan lebih singkat selain dapat menjimatkan masa dan tenaga.


Kesempatan yang ada untuk pulang ke kampung pada Aidilfitri tahun ini tidak dilepaskan orang ramai dengan pengangkutan awam seperti bas dan tren menjadi antara pilihan mereka.

Menurut Ahmad Safwan Saad, 32 pekerja TNB, beliau akan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk pulang ke kampung halaman bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas di lebuhraya.


“Saya memang akan menggunakan ETS untuk pulang ke kampung (Perak) kerana lebih jimat masa dari perlu menghadap lebuhraya yang sesak menghala ke Utara,” katanya


Bagi Nur Adillah Nasuha, 22, pelajar Universiti Teknologi Mara, (UITM) Shah Alam, ETS menjadi pilihannya sejak mula beliau belajar disitu jika ingin pulang ke kampung kerana harga amat berpatutan buat pelajar dan perjalanan lebih cepat sampai ke destinasi.


"Harga asal tiket RM80 kalau balik ke Alor Setar, Kedah tapi sebab ada harga pelajar, harganya menjadi RM50. Ia amat berbaloi bagi saya dan lebih menjimatkan masa,”.


Seorang pekerja Swasta Nurul Adibah Isa, 35, berkata beliau dan suaminya telah menempah tiket dua bulan awal untuk pulang ke Perlis bagi mengelak kesesakan lalu lintas.


“Saya sudah beli tiket (ETS) dua bulan yang lalu untuk pulang raya kalini sebab saya dan suami tidak mahu terkandas dalam kesesakan seperti tahun sebelumnya yang memakan masa lebih 10 jam untuk ke destinasi,” Katanya.


Tiket perkhidmatan awam seperti bas juga penuh terutama ke destinasi yang menghala ke Utara dan Pantai timur.


Menurut Ahmad Yusuf, 24, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata beliau perlu membeli tiket lebih awal untuk pulang ke Pasir Mas (Kelantan) kerana tempahan bas hampir penuh dan tiket banyak habis dijual,


“Selalu saya beli last minute pon tetap ada tiket bas nak pulang tetapi kali ini saya harus membeli tiket lebih awal kerana bas penuh nak balik kampung dan saya hampir tak dapat balik sebab tengok semua tiket habis dijual,” Katanya.


Seorang suri rumah, Siti Aisyah mohd, 29, berkata dia telah membeli tiket bas dua minggu awal bagi memastikan mendapat tiket untuk pulang ke Kedah kerana serik sebelum ini suaminya perlu memandu hampir 9 jam jika ingin pulang beraya di kampung.

“Raya kali ini saya sekeluarga memilih menaiki bas dan dah beli dua minggu awal sebab takut penuh. Saya yakin memang lebuhraya akan sesak masuk musim perayaan ini kerana itu saya dan suami lebih rela menaiki bas daripada penat memandu hampir 9 jam untuk balik Kedah dan dapat jimatkan tenaga,” Katanya.


Walau bagaimanapun orang ramai masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan sanitizer sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengekang penularan COVID-19.


34 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page