• Nadi Bangi

Penghijrahan Neelofa Disambut Baik Netizen

Wartawan : Dina Syafiqah Mohd Zan

Penyunting: Fath Abu Bakar


Sumber: OhBulan

KUALA LUMPUR, 7 Nov - Pengumuman rasmi selebriti jelita untuk kekal berniqab pada 15 Oktober yang lalu telah mendapat perhatian pihak media dan reaksi baik seluruh rakyat Malaysia.

Pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa binti Mohd Noor, 31 itu menunjukkan perubahan penampilan pemakaiannya secara berperingkat dari mula memakai sarung kaki, sarung tangan dan mula mengambil keputusan untuk berniqab beberapa minggu lalu. Keputusan beliau untuk berniqab telah menjadi inspirasi buat seluruh wanita begitu juga buat ibunya

Noor Kartini ibu kepada Neelofa meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas penghijrahan anaknya di sosial media, instagram (@noorkartini). Beliau telah memuat naik video dengan kapsyen luahan rasa syukur dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya. “MasyaAllah, MasyaAllah Ya Allah, aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan kurniamu yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang Kau kurnia kan dan ku memohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia.”

Sehubungan dengan itu, wartawan Nadi Bangi sempat menemuramah salah seorang peminat Neelofa iaitu Amni Atiqah Rahmat, 23 berkata “Saya turut gembira dengan penghijrahan Neelofa. Saya terinspirasi dengan beliau bukan hanya kerana kejayaan dan pencapaian yang dimiliki akan tetapi berani dalam menempuh segala cabaran dalam mengejar dunia dan akhirat. Beliau sorang yang sangat tabah dalam mengejar apa yang beliau mahukan bukan sahaja dalam urusan dunia malah seimbang dengan akhirat.”

Penghijrahan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mendapat sokongan dari peminat serta doa untuk beliau agar beliau terus kuat dan istiqomah dalam penghijrahan ini. Penghijrahan beliau ini bukan sahaja memberi inspirasi buat kaum wanita seperti Yatt Hamzah dan rakan artis yang lain untuk menjadi muslimah yang lebih baik malah menjadi inspirasi buat pelakon lelaki terkenal Ammar Alfian untuk memadam gambar-gambar beliau yang menonjolkan aurat.

Neelofa turut banyak berkongsi ilmu-ilmu keagaaman atas bantuan seorang ustaz atau lebih dikenali sebagai PU Riz di platform telegram @Neelofa khusus buat peminat-peminat beliau . Perkongsian ilmu keagamaan itu dibuat sendiri oleh beliau hasil dari pembelajaran bersama gurunya.

418 views0 comments

Related Posts

See All