top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Spicy Mi Boba Tidak Menepati Cita Rasa Netizen ?


Wartawan : Sharifah Sofeena

Penyunting : Shafiq Haizad


Sumber : Youtube

KUALA LUMPUR, 7 Nov - Trend makanan pedas begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga menyebabkan dua jenama besar iaitu Mamee dan Tealive mengambil peluang untuk membuat kolaborasi bersama yang telah mempromosikan dan menghasilkan satu produk iaitu, Spicy Mi Boba yang membuat netizen tertanya-tanya akan gabungan rasa yang tidak masuk akal ini .

Mee yang digunakan ialah mee segera Mamee dan Milktea sebagai supnya serta bahan utama yang mencuri tumpuan orang ramai iaitu boba. Kebanyakan netizen yang mencuba Spicy Mi Boba hanya sekadar ingin merasa dan membuat ulasan sahaja. Mereka memberi komen bahawa Spicy Mi Boba tersebut tidak sedap.

Azfar menerusi saluran Youtubenya, “Azfarheri” menunjukkan rasa takutnya untuk mencuba mi kolaborasi keluaran Tealive dan Mamee itu. Video yang berdurasi selama 19 minit 27 saat itu menunjukkan dia tetap mengatasi rasa takutnya dan menyahut cabaran untuk mencuba Spicy Mi Boba tersebut. Sejurus saja dia makan, dia terus termuntah kerana tidak boleh menerima kombinasi mi segera serta rasa teh susu yang berlemak dan pedas.

QN Batrisha menerusi ruang komen di video Azfar berkata “ I pernah rasa! Pada I rasa dia tawa dan rasa milktea, iboleh makan dua suap sahaja, please jangan beli guys! membazir duit je”.

Ramai yang menzahirkan rasa kecewa di ruang komen kerana rasanya yang tidak sedap. Ada juga yang mengatakan dirinya hanya boleh memakan beberapa suap sahaja. Kolaborasi ini bahkan dilihat hanya semata-mata ingin mencuri perhatian masyarakat terhadap dua jenama yang berpengaruh ini. Antara makanan pedas popular keluaran Mamee ialah Mamee Monster Ghost Pepper dan Mamee Daebak Ghost Pepper Noodles.

Syedot yang terkenal dengan mukbang di Youtube juga turut menyahut cabaran dengan menghabiskan lima Spicy Mi boba dengan versi yang agak berlainan. Dia memutuskan untuk meletakkan ais dan akhirnya menyesal kerana ia membuatnya rasa ingin muntah tetapi masih memaksa dirinya untuk makan sehingga habis kerana tidak mahu membazir. Ramai yang kagum dengan Syedot kerana menghabiskan maggi tersebut meskipun rasanya yang tidak sedap.

117 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page