top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Pengunjung Bukit Bintang Masih Tidak Patuh SOP

Penulis: Ghirija Muthu

Penyunting: Audrey Tung

Foto: Ghirija Muthu

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Walaupun masih terdapat kes aktif Covid-19 yang semakin hari membimbangkan warga Malaysia, Bukit Bintang yang terkenal dengan pusat metropolitan yang paling sibuk setiap masa penghujung di situ masih tidak patuhi SOP yang telah ditetapkan.


Bukit Bintang selalunya dipenuhi dengan orang ramai kerana ianya menarik perhatian ramai pelancong ke pusat membeli belah yang moden serta lokasi tumpuan yang mudah dikunjungi dengan adanya perkhidmatan awam seperti Monorel, MRT dan sebagainya.


Kennard Edwin, 28, berkata dia selalunya melalui kawasan ini tujuan pergi balik kerja. Kawasan ini semasa PKP jalannya menjadi sunyi dan boleh kira orang yang lalui di tempat ini. Tetapi pada masa sekarang ianya seolah-olah kembali biasa dan mereka tidak takut pada varian-varian yang baru muncul iaitu Omicron.


“Saya guna kawasan ini sebab saya kerja dekat sini. Sebelum ini time PKP memang tiada orang langsung dan senang untuk jalan. Tapi sekarang dah sesat balik sebab ramai yang lawat tempat ini. Mereka tak ikut jarak langsung dan tidak takut pada varian-varian yang baru.


Pengawal keselamatan, Hussien, 45, berkata rakyat tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang patuh pada SOP. Kerana penjarakan fizikal antara satu sama lain adalah penting supaya tidak menyebarkan penularan jangkitan wabak Covid-19.


“Rakyat sekarang tidak tanggungjawab sebab tidak patuhi SOP yang tetapkan. Semasa jalan dalam kalangan orang ramai mereka tidak mematuhi penjarakan fizikal. Penjarakan fizikal inilah yang penting untuk kurang sebarkan jangkitan Covid-19 lagi-lagi varian baharu Omicron yang lagi dahsyat”.


Seorang pengunjung, Rani Selvakumar, 25, berkata dia mengunjungi tempat ini pada setiap hujung minggu bersama keluarga untuk membeli belah serta makan bersama keluarga mereka.


Kawasan ini memang menjadi tumpuan orang ramai dan sejak beberapa minggu lalu SOP semakin hari tidak dipatuhi semasa berada dalam kalangan orang ramai. Dia sentiasa menjaga anak-anak dengan memastikan pemakaian mask, sentiasa mencuci tangan dan pastikan jalan dengan jarak yang jauh.


“Saya selalunya datang sini dengan keluarga saya hujung minggu. SOP dekat sini ok, Cuma penjarakan fizikal itu memang dah tiada dan risiko penyebaran jangkitan tinggi. Saya jaga anak saya supaya mereka tidak dijangkiti bila keluar pergi mana-mana”.

389 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page